Khamis, 27 Januari 2011

'PAS berpeluang menang jika 75% keluar mengundi'

Abdul Rahim Sabri

Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

NONEKatanya, berdasarkan beberapa perkembangan baru yang diperolehinya, calon PAS serta jentera Pakatan Rakyat berjaya mendapat reaksi “positif” khususnya di kawasan perkampungan tradisi dan di masyarakat Felda yang sebelum ini sukar ditembusi.

Kampung tradisi yang terdapat di DUN Tenang adalah Kampung Redong, Air Panas dan Kampung Tenang.

“Di kampung tradisi kita mengambil pendekatan 'sentuhan peribadi'. Oleh kerana rumah di kampung tradisi tidak banyak, ia lebih mudah untuk kita terus berjumpa dengan pengundi.

“Perkampungan tradisi tidak terikat dengan badan-badan tertentu. Persepsi mereka berubah tentang PAS yang dikatakan sebagai kumpulan radikal atau ekstrem. Jadi mereka melihat kita berbeza.

tenang by election day 1 230111 mohd azahar with girl“Kita berkampung di sana dan bahkan bila adanya kematian, mereka menyuruh kita memimpin tahlil,” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas satu sidang media.

Mazlan berkata calon PAS Normala Sudirman berjaya mendapat respons positif dari pengundi di Kampung Payah Merah – tempat tinggal calon BN, Mohd Azahar Ibrahim (atas, kanan).

Cikgu Mala disambut baik

Katanya, daripada 60 orang pengundi yang ditemuinya, mereka menyambut baik kehadiran calon PAS yang lebih dikenali dengan Cikgu Mala dan ada di antara mereka mempelawa masuk ke dalam rumah.

NONEMazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat bagaimanapun menyuarakan kebimbangannya apabila pihaknya berhadapan dengan kekangan iaitu kesukaran pengundi Melayu dan Cina pulang ke kampung.

Ini kerana, mereka perlu berulang disebabkan tarikh pengundian 30 Januari diselangi dengan sambutan Tahun Baru Cina tiga hari selepas itu.

Sehubungan itu pihaknya kini sedang memikirkan starategi untuk merangsang pengundi Cina dan Melayu untuk pulang mengundi pada 30 Januari ini.

Ditanya mengenai strategi PAS untuk menarik lebih ramai pengundi di ketiga-tiga Felda – Felda Tenang, Felda Chempelak, dan Felda Chempelak Barat – beliau berkata PAS memasuki fasa terakhir bagi menarik kumpulan tersebut.

Katanya, fasa pertama dilalui sejak penamaan calon sehingga hari ini, pihaknya mengadakan siri ceramah dan dialog dengan membarisi tokoh Pakatan Rakyat dan peguam memberi penerangan mengenai isu semasa termasuk isu-isu Felda.

NONE“Fasa terakhir ini kita fahamkan supaya mereka ada keberanian (untuk menuntut) apa yang mereka mahukan. Kita lontarkan isu berbangkit supaya mereka tahu apa komitmen kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya kini menggiatkan kempen bertemu pengundi di kedai kopi atau gelanggang futsal dan memberi penerangan dalam ceramah kelompok mengenai isu berbangkit di Felda.

“Nampaknya pendekatan ini lebih positif supaya mereka lebih memahami (mengenai isu tesebut). Ada di antara mereka tidak tahu hak mereka sebagai warga Felda,” katanya.

12 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Kita tunggu dan lihat saja nanti. PRK Tenang dah semakin hampir.

mandau berkata...

itu hnya anggaran PAS, keputusan sebenar akan diketahui setelah hasil undian diumumkan.

Jason berkata...

Belum tentu lagi.

Jason berkata...

Betul ckp Johnny. Baik tunggu dan lihat saja.

zam berkata...

soal menang dan kalah adalah bergantung dengan udian pengundi. keputusan hanya akan diketahui apa bila tiba masanya.

songkilou berkata...

Bagaimanapun strategi yang digunakan diharap semuannya bertanding secara bersih.

songkilou berkata...

Walaupun ramai yang turun mengundi jika memang pilihan mereka bukan PAS, BN tetap akan menang.

Hamdan Hadillah berkata...

75% saja baru boleh menang. Kenapa tidak 100% terus yang keluar mengundi..Baru kita tahu siapa yang benar-beanr jagohan untuk rakyat.

Paquin berkata...

Kita tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku nanti. Tak sabar mahu tahu siapa yang akan menang.

Paquin berkata...

Namun semuanya bergantung pad aundi rakyat. Pengundi harus buat pilihan yang terbaik supaya takda penyesalan nanti.

Tanpa Nama berkata...

memimpin tahlil, dipelawa masuk ke rumah, berkempen di kedai kopi dan gelanggang futsal cukup untuk meyakinkan PAS untuk menang PRK kali ini. sedangkan BN dengan kemampuan membawa pembangunan, membantu mangsa banjir, tidak menggangu penduduk yang hendak menikmati secawan kopi dan tidak menggangu penduduk bersukan tiada pula kedengaran mereka mendabik dada seperti PAS..

Tanpa Nama berkata...

eloklah PAS senyapkan dahulu keyakinan PAS itu selagi keputusannya masih belum diketahui. takut nanti terkena ludah sendiri. lihat sahaja PRK Galas, macam mana sekalipun PAS yakin tetap kalah juga dengan calon BN.