Khamis, 20 Januari 2011

Pandai Yang Tidak Cerdik!

MSO

Pandai juga Khir Toyo. Katanya dia tidak dapat menjawab pendedahan kerajaan Selangor mengenai pemberian projek bernilai RM173 juta tanpa tander yang dilaksanakan di zaman Khir Toyo jadi Menteri Besar. Alasan kenapa beliau tidak dapat jawab kerana tajuk timbul subjudis kerana beliau kini dalam pendakwan oleh SPRM kerana rasuah.

Beliau kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah menimbulkan perkara itu sebagai tidak adil dan bacul. Kata Khir kenapa tidak ditimbulkan sebelum di didakwa?

Pandai saya katakan kerana Khir Toyo berlindung di balik pendakwaannya tidak mahu menjawab. Saya tidak fikir begitu kalau Khir ada bukti mengenai kenapa perlu takut subjudis. Kalau benar buakankah penjelasan itu akan membantu beliau di mahkamah nanti.

Rasanya Khir sengaja beralasan begitu kerana gemetar untuk menjawabnya.

Tidak mengapalah selepas selesai kes perbicaraan nanti Khir boleh menjelaskannya. Kalau tertakdir beliau disumbat ke dalam penjara selepas ini, Khir boleh menjawabnya dari penjara. Pemimpin yang geliga, berakal panjang tidak akan menyepi walaupun di mana saja berada.

Tenguk dan perhatikan Anwar Ibrahim walaupun disimpan di balik tembok di Sungai Buluh namun beliau masih boleh bersuara. Beliau menggunakan apa saja kebijaksanaanya bagi memberi mesej kepada penyokong di luar. Hendaknya nanti Khir juga begitu?

Tiada ulasan: