Selasa, 11 Januari 2011

Najib umum Perbadanan Tenaga Nuklear, Zamzam CEO



PUTRAJAYA — Kerajaan mengumumkan penubuhan Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia - langkah yang akan membolehkan negara menerokai tenaga nuklear dalam satu dekad lagi.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menamakan Dr Mohd Zamzam Jaafar sebagai ketua pegawai eksekutifnya.

Malaysia menerokai kemungkinan memulakan loji tenaga nuklear dalam tempoh 11 hingga 12 tahun akan datang.

November lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan serius untuk melaksanakan cadangan membina loji nuklear bagi menjana kuasa elektrik kerana ia termaktub dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Langkah itu juga merupakan satu daripada cara mentransformasi industri elektrik sebagai satu sumber tenaga yang stabil bagi memastikan negara tidak menghadapi masalah pada masa akan datang.

Peter Chin berkata, sekiranya penggunaan tenaga nuklear dapat direalisasi, dianggarkan 25 peratus penjanaan akan diambil alih kuasa alternatif itu.

Tiada ulasan: