Isnin, 17 Januari 2011

Najib bakal lancar dana belia 1 Malaysia Jumaat ini

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melancarkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta pada Jumaat ini dan beliau juga akan mengumumkan butiran lanjut bagaimana ia boleh dimanfaatkan.

Perdana Menteri berkata demikian dalam video terbaru www.1malaysia.com hari ini sebagai menjawab soalan Danial Fahmi di #tanyanajib.

Remaja itu menyoal perdana menteri jika ada pembangunan lanjut untuk belia bagi mencapai potensi mereka dan membantu menghapuskan masalah sosial.

“(Dana tersebut ialah) secara dasarnya satu idea yang perlu kita lakukan sebagai insentif kepada belia menjalankan projek pilihan mereka selagi ia selari dengan tema nasional 1 Malaysia kita,” kata Najib.

Beliau berkata idea dana itu dibangkitkan pada makmal belia tahun lepas.

Kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta untuk dana 1 Malaysia bagi pembangunan belia di bawah Bajet 2011.

13 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Saya akan tengok bagaimana dana belia ini akan digunakan untuk memanfaatkan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

harap dana ini benar2 dpt memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

terdapat keperluan untuk menubuhkan dana serupa di semua peringkat negeri bagi melakukan kajian mengenai program pembangunan belia yang perlu dilaksanakan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk diambil tindakan susulan.

Tanpa Nama berkata...

saya harap peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan ini tidak disia2kan serta dimanfaatkan sepenuhnya kepada golongan sasaran.

Logop berkata...

Good to know that Najib actually read those question in his #tanyanajib twitter.

mike berkata...

pembangunan belia tidak diketepikan oleh kerajaan.

mike berkata...

belia merupakan pelapis dan pemimpin negara masa akan datang..seharusnya dana ini digunakan sebaiknya untuk memantapkan belia kita.

Paquin berkata...

Tak sabar mahu tunggu ni. hehhee

Paquin berkata...

Semoga hal ni memberi manfaat kepada rakyat khususnya kepada gologan media.

Bujang Senang berkata...

Ini digunakan untuk membantu para belia di Negara kita ini. Apa pun, kita mengharapkan mereka mengunakan dana itu dengan sebaiknya.

zam berkata...

langkah yang baik. harap ini dapat membantu untuk memajukan golongan belia.

elia berkata...

Sokongan padu diberikan. Usaha ini adalah untuk kebaikkan dan pembangunan belia yang ada pada hari ini.

elia berkata...

Para belia jangan persiakan usahan kerajaan ini. Segala yang telah diberikan, gunalah sebaik mungkin untuk diri, dan juga negara.