Selasa, 18 Januari 2011

Minyak masak: BN sengaja cipta masalah

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Kerajaan BN diyakini sengaja mencipta sendiri masalah yang berlaku terhadap bekalan minyak masak, sehingga menyebabkan barangan itu amat berkurangan di seluruh negara sekarang, atas muslihat untuk menaikkan harganya.

Keadaan yang sama diyakini telah dilakukan oleh para pemimpin BN terhadap bawang, sehingga menyebabkan harganya melambung tinggi secara mendadak.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Salbiah Wahab menegaskan, keyakinan itu boleh didasarkan kepada beberapa keadaan yang sekali gus membolehkan pelbagai pihak mengesyakinya.

Menurut beliau, keadaan itu boleh dirujuk kepada ketiadaan atau kekurangan bekalan minyak masak itu sendiri yang berlaku secara tiba-tiba, sehingga menyebabkan orang ramai begitu susah untuk mendapatkannya di kedai-kedai.

"Jika tidak ada agenda tertentu dari pihak tertentu, mustahil keadaan itu boleh berlaku. Pada hal sebelum itu bekalan minyak masak langsung tidak menimbulkan sebarang masalah kepada pemborong, peniaga dan orang ramai," katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau yakin, kejadian itu berlaku disebabkan bekalan minyak masak sengaja disembunyikan oleh pihak tertentu, untuk tujuan menaikkan harganya, manakala kejadian itu pula pasti didalangi pihak tertentu.

"Dalang yang mencetuskan kejadian itulah yang perlu dikenalpasti. Pada saya, saya berani mengatakan, tentu ada campur tangan orang politik atau pemimpin BN sendiri. Jika tidak, pihak berkenaan tak berani melakukannya kerana pasti akan dikenakan tindakan," katanya.

Keadaan yang sama, menurut beliau, diyakini turut berlaku ke atas bekalan bawang di negara ini yang berlaku kenaikan harga begitu tinggi secara mendadak, sedangkan kenaikan harganya itu langsung tidak diumumkan oleh kerajaan BN sebelum itu.

Bawang terdiri daripada dua jenis. Satunya bawang putih. Satu lagi bawang merah yang besar yang dikenali sebagai bawang besar India. Bawang putih sudah lama dinaikkan harganya, tetapi secara perlahan-lahan sejak setahun lalu. Kini sekilo bawang putih berharga RM9.00.

Manakala yang terbaru dinaikkan harganya adalah bawang merah yang besar atau bawang besar India. Sebelum ini, harganya sekitar RM2.30 atau RM2.50 tetapi sekarang melambung tinggi menjadi RM9.00 sekilogram.

Menurut Salbiah, kenaikan harga bawang sebegitu tinggi sememangnya tidak boleh diterima oleh orang ramai. Ia dikatakan berlaku disebabkan kekurangan bekalan. Begitu juga dengan minyak masak. Tetapi alasan yang diberikan itu tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

"Jika tidak ada agenda tertentu, mustahil bekalan barangan itu menjadi tiada atau berkurangan secara tiba-tiba. Pada hal dalam masa yang sama, pengeluaran bawang dan minyak masak berlaku seperti biasa," katanya.

Tindakan yang tidak bertanggungjawab itu diyakini oleh beliau sengaja dilakukan oleh para pemimpin BN untuk mendapatkan wang yang banyak secara cepat, manakala selebihnya untuk dijadikan dana bagi menghadapi pilihanraya.

Beliau menyeru para pemimpin BN agar bertanggungjawab kepada rakyat kerana tindakan yang dilakukan oleh mereka itu lebih menghimpit rakyat yang sudah terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, apatah lagi dengan golongan yang berpendapatan kecil dan sederhana.

Dengan sikap para pemimpin BN yang tidak bertanggungjawab itu, beliau turut menyeru orang ramai agar sedar dengan permainan mereka itu dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.

"Jika anda semua terus memberikan mandat kepada Umno atau BN memerintah negara pada pilihanraya akan datang, begitulah padatnya. Jadi sokonglah Pakatan Rakyat, insya Allah hidup anda pasti berubah kepada yang lebih baik," ujar beliau.

19 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Buat apa BN hendak mencipta masalah terutamanya bila dah dekat PRU? Takkan mereka sengaja mahu kalah kali ini?

tombolo berkata...

tak ada orng yang sengaja mencari masalah. kenaikan harga barangan ini adalah kerana keadaan pasaran masa kini.

Jason berkata...

Tidak mungkin BN sengaja cipta masalah sebab PRU13 akan datang tidak lama lagi.

Jason berkata...

Betul kata tombolo. Keadaan pasaran masa kini telah memaksa kerajaan berbuat demikian.

Jason berkata...

Untuk menangani kenaikan harga barangan, kita haruslah berjimat-cermat dan hanya beli barang keperluan.

Jason berkata...

Apapun, saya harap kerajaan akan berusaha mencari jalan untuk meringankan beban rakyat.

awangsaribu berkata...

Dalam politik semua perkara boleh jadi. Kalau tidak, takkan ada wakil rakyat bunuh sesama wakil rakyat. Dan ada bekas wakil rakyat menembak ' teman ' dalam kereta sendiri dan bunuh pula diri pulak .Jangan mudah lupa !

Paquin berkata...

Betul tu Jonny. Takkanlah BN sengaja cari nahas kan. huhu

Paquin berkata...

Apapun saya berharap agar isu kenaikan harga dapat ditanggani dengan bijak.

nickko berkata...

waa, bukan main hebat lagi fantasi bangang PAS.. bagi mereka fitnah itu halal, tapi bagi orang lain tidak. mereka sengaja menolak realiti bagi memberi laluan kepada teori2 bangang mereka. walaupun tanpa bukti dan tanpa siasatan, mudah bagi mereka menuding jari walaupun telah diberi tahu bahawa kekurangan bawang adalah disebabkan pengeluarannya yang terhad akibat bencana, serta pembelian panik keatas minyak masak.

nickko berkata...

beginikah sikap pemimpin2 PAS yang mahu merampas kerajaan?? semakin binasa lah negara jika mereka2 ini memerintah. setakat ini tidak ada pula dilaporkan terdapat guni bawang dan minyak dalam pejabat UMNO atau bilik pemuda dan puteri UMNO. jangan terlalu ikutkan emosi bila buat kenyataan, apa hasilnya jika PAS menuduh pihak yang cuba menyelesaikan masalah ini tetapi melepaskan pihak yang menjadi dalang kepada masalah ini?? jangan hanya disebabkan sikap gilakan kuasa, PAS sanggup membelakangkan realiti.

Mohd Ishak berkata...

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan minyak masak.

Mohd Ishak berkata...

Sebaiknya siasat dulu hal ini.

Sanih Alias berkata...

PAS tidak boleh menuduh tidak tentu pasal. Adakah benar itu salah BN??PAS sendiri pun tidak tahu. Tapi andaian tidak kemana jika bukti tidak kukuh.

Unknown berkata...

Seharusnya siasat dulu kebenaran dalam hal ini.Kita tidak mahu khabar angin direka oleh PAS untuk kepentingan diri sendiri.

zam berkata...

isu seperti ini tidak harus dijadikan bahan politik. apa pun, isu yang timbul perlulah ditangani dengan sebaiknya.

elia berkata...

Kenaikkan harga barang. Suka atau tidak suka, harga itu akan naik juga. Tidak perlu salahkan orang lain atas kenaikkan harga ini.

elia berkata...

Rakyat perlu bijak untuk mengurus perbelanjaan. Jangan asyik mencari point untuk mendapat perhatian.

nurfatihah berkata...

Kenaikan harga barangan disebabkan masalah malapetaka alam yang menimpa sesetengah negara sehingga pengeksportan mereka ke negara ini terjejas lalu meningkatkan harga. Namun tidak masuk akal juga jika Malaysia sendiri sebagai pengeluar kelapa sawit yang kedua terbesar di dunia kekurangan bekalan minyak masak.