Isnin, 10 Januari 2011

Lim: Utusan punca perpecahan kaum

MALAYSIA KINI

Rakyat di Malaysia tidak pernah berpecah sebegini teruk seperti hari ini dalam sejarah 53 tahun negara merdeka melainkan 18 bulan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

NONE“Semuanya kerana tidak lain dan tidak bukan dari Utusan Malaysia yang hampir setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara.

"Yang paling memeranjatkan selama 18 bulan yang lalu tidak ada sebarang usaha yang serius dibuat untuk memastikan Utusan Malaysia, sebagai media rasmi Umno, menyokong cita-cita 1Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan medianya.

Penuh hiprokit

Menurutnya, Utusan Malaysia adalah musuh nombor satu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib kerana akhbar milik Umno itu menjadikan konsep berkenaan “kosong dan penuh hipokrit".

NONE“Walaupun Utusan terus menolak dasar 1Malaysia, namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan dan Umno untuk menyekat pendekatan perkauman Utusan itu.

"Yang sedihnya, negara tidak pernah berpecah sebegini teruk dalam sejarah 53 tahunnya melaikan semasa 18 bulan di bawah Najib sebagai Perdana Menteri,” kata Lim.

Minggu lalu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu memfitnahnya dan DAP.

azlanLim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

Bukan itu sahaja malahan Utusan juga didakwa bertanggungjawab melaga-lagakan kepimpinan DAP, PAS dan PKR supaya wujud persengketaan dalaman yang boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin dalam Pakatan Rakyat.

11 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Saya setuju bahawa Utusan sememangnya terlampau batas dalam penulisan kontroversi dan rasis mereka itu. Sikap mereka ini adalah tidak selaras dengan semangat 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Najib.

tombolo berkata...

akhbar2 yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan merosakkan perpadua perlu diambil tindakan tegas.

nurfatihah berkata...

Jika ia berbaur racist, mengapa kerajaan tidak ambil tindakan? Adakah ada udang di sebalik batu?

madd berkata...

ada baiknya jika semua pihak cuba memperbaiki diri masing-masing dan bukannya cuba saling tuduh menuduh.

nickko berkata...

bukan utusan yang menjadi punca tetapi politik tanahair terutamanya dipihak pembangkang yang sering melaga2 kan rakyat, memperkudakan rakyat serta mengelirukan rakyat semata2 untuk kepentingan politik, bukannya untuk kepentingan rakyat dan negara.

nickko berkata...

banyak kenyataan pembangkang di media2 pro pembangkang yang cuba mempermainkan isu2 perkauman, pembohongan, fitnah dsb. malah banyak tindakan pembangkang di negeri2 yang ditadbir oleh mereka yang bersifat perkauman. merekalah yang sebenarnya racist tapi dituduhnya pihak lain..

Paquin berkata...

Kadang2 bila fikir balik media juga ba yang kusutkan perpaduan kaum. Tu la kena censored tidak mahu, xda censored beginilah jadinya. huhuhu

Paquin berkata...

Apapun saya harap keharmonian di Malaysia akan terus terjaga:)

Hosie Masie berkata...

Spatutnya, Utusan lebih menceritaan kebaikkan. Maka ini akan dapat membuka minda rakyat. Bukan asyik dengan berita yang memburuk-burukkan orang lain. Kita cuma mahukan malaysia menjadi negara yang aman damai dengan pelbagai kaum dan bangsa.

elia berkata...

Itu lah taktik untuk menjatuhkan pihak lawan. Sebaiknya utusan menghentikan perbuatan sebegitu rupa.

elia berkata...

Semoga pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu demi untuk kesejahteraan semua.