Selasa, 4 Januari 2011

Khusrin tidak akan lepas jawatan

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Walaupun tidak dibenarkan menyertai mesyuarat Exco kerajaan negeri dan majlis-majlis rasmi yang lain, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan itu.

Pelantikan Khusrin sebagai SUK adalah ibarat durian runtuh untuk bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu.

Ini kerana beliau diangkat daripada kategori pegawai gred Jusa C bagi mengisi jawatan SUK yang bertaraf Jusa A.

Khusrin memulakan tugasnya hari ini.Namun beliau tidak mahu menjawab desas-desus bahawa perlantikan beliau berserta kenaikan kenaikan pangkat yang begitu tinggi adalah untuk memenuhi agenda politik Umno semata-mata.

“Saya dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, saya yakin mereka ada jawatankuasa untuk menilai kelayakan. Saya tidak boleh komen kerana saya tidak boleh menilai diri sendiri,” jelasnya.

Khusrin berkata beliau memahami tanggungjawabnya terhad dengan kemelut bersabit pelantikannya namun itu bukan masalah kepadanya.

“Perlantikan saya dari segi undang-undang tubuh adalah sah, cuma saya perlu angkat sumpah di depan Menteri Besar, iaitu sumpah menyimpan rahsia. Selagi ini tidak dibuat, saya tahu saya tidak boleh masuk mesyuarat Exco. Bagi saya tidak ada masalah,” jelasnya.

Selaku SUK negeri paling maju dan kaya di Malaysia, Khusrin terpaksa berurus dengan pelabur-pelabur asing disamping mengariskan dasar-dasar kerajaan negeri di peringkat antarabangsa.

Semua itu memerlukan keyakinan kepada program-program kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan kebolehan bertutur bahasa antarabangsa untuk menyampaikan mesej yang jelas.

“Ya saya akui saya ada kelemahan dari segi itu, tetapi itu tidak menghalang saya dari melakukan tugas. Saya mengaku saya tidak fasih, tetapi saya faham,” katanya.

Bukan sahaja kelayakan Khusrin dipersoalkan untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, tetapi turut dipersoalkan ialah pendirian beliau sebagai pegawai kerajaan yang berprinsip.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata keghairahan Khusrin untuk menerima pelantikan beliau adalah petanda jelas beliau lebih cenderung menerima arahan dari Putrajaya tanpa mempersoalkan kewajaran arahan itu.

“Orang yang mengikut arahan sahaja tanpa kira betul atau tidak itu yang menjadi masalah. Kita mahu orang yang memahami profesionalism dia sendiri dan kita mahu orang yang tahu bagaimana untuk memainkan peranannya seperti yang dikehendaki kerajaan negeri,” katanya.

Khalid berkata tindakan Putrajaya meminggirkan kerajaan negeri dari proses pemilihan calon SUK hanya mengundang kecurigaan dan kesangsian.

“Diorang semua tahu yang kerajaan negeri juga ada calon dan proses pemilihan, tetapi perlantikan dibuat secara diam-diam. Kerajaan negeri berhak untuk sangsi dengan perlantikan itu. Apakah peranan yang kita inginkan seorang SUK lakukan? soalnya

Tiada ulasan: