Isnin, 10 Januari 2011

Kenaikan Harga Gula, Petrol Serta Anwar Antara Modal Pembangkang Di Tenang

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barangan seperti gula, petrol, hal-hal berkaitan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara isu yang dijangka menjadi modal pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Tenang di Johor.

Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, sehubungan itu Barisan Nasional (BN) perlu menggandakan usaha termasuk memperkemaskan jentera parti dan memberi penjelasan yang terbaik kepada pengundi bagi mematahkan serangan daripada pembangkang.

Beliau berkata isu-isu berkenaan sengaja dibangkitkan pembangkang bagi meraih sokongan kerana ia adalah perkara yang amat dekat di hati pengundi.

"Saya melihat di sini, terdapat dua isu yang mungkin akan dibangkitkan. Pertama ialah isu nasional iaitu mengenai kenaikan harga barangan, rasuah dan kes (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) Anwar dan kedua ialah isu tempatan seperti tanah, perniagaan dan juga Felda.

"BN mampu mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan syarat gerak kerja terhadap kempen penerangan yang dilakukan jentera parti itu dapat diperkemas dan dimantapkan dari semasa ke semasa," katanya dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga berkata dari bacaan awal politik, BN tidak mempunyai masalah besar untuk menang di kawasan itu memandangkan sentimen sukakan BN masih menebal di kalangan pengundi. Bagaimanapun, beliau berkata, melihat dari segi jumlah majoriti undi yang diperoleh BN pada pilihan raya umum 2004 dan 2008, menyaksikan penurunan majoriti undi sebanyak kira-kira 16 peratus.

"Tahun 2004, BN memperoleh majoriti undi sebanyak 5,517 manakala tahun 2008 mendapat 2,492 undi. Ini adalah satu perkara yang harus dipandang serius oleh BN," katanya.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil bagi DUN Tenang pada 22 Jan ini dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari.

DUN Tenang mempunyai seramai 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pengundi pos, dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani, pekerja di ladang getah dan kelapa sawit.

Daripada jumlah itu, 7,014 orang atau 47.54 peratus terdiri daripada Melayu; Cina (5,766); India (1,780); Bumiputera Sabah (enam), Bumiputera Sarawak (lima)dan Orang Asli (171).

19 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Memang perkara seperti ini amat dekat kepada hati pengundi. Kebanyakan rakyat hanya risaukan sama ada mereka mampu mengisi perut, membayar yuran anak ataupun membayar sewa. Benda seperti menara tinggi, angkasawan negara ini tidak boleh membantu mereka, mestilah mereka tidak mempedulikan perkara seperti ini.

Rakyat hanya mahukan kehidupan yang lebih baik, sekolah yang elok, gaji yang tetap, bil hospital yang berpatutan dan sebagainya.

tombolo berkata...

pada masa ini isu kenaikan harga barangan semakin menjadi perhatian. kenaikan harga barangan byk membebankan rakyat. pembangkang telah menjadikan isu ini sebagai agenda utama dalam PRK Tenang. kerajaan kena membuat sesuatu bagi mengawal kenaikan harga barangan.

madd berkata...

sememangnya isu kenaikan harga barang pasti dijadikan modal untuk berkempen. apa pun, pengundi kena bijak menilai setiap pekara yang dikatakan. jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis yang ditaburkan.

madd berkata...

semoga suasana kempen akan berjalan dengan lancar dan persaingan berlangsung dengan sihat.

nurfatihah berkata...

BN perlu bersiap sedia supaya tidak menimbulkan keraguan terhadap pembangkang.

nickko berkata...

semua isu2 itu tidak akan memberi impak kepada sokongan rakyat terhadap BN kerana isu2 yang bakal pembangkang ketengahkan itu telah pun dipatahkan oleh blogger2 pro umno/BN.

nickko berkata...

kenaikkan harga gula dan barang2 lain adalah berpunca dari kenaikkan harga petrol. kenaikkan harga petrol adalah dipengaruhi oleh pasaran dunia. tapi bagaimana pula dengan kenaikkan air di kedah dan pulau pinang? adakah air dipengaruhi oleh pasaran dunia? bukankah air lebih penting dari segala2nya dan merupakan keperluan yang paling wajib dalam kehidupan harian.

mike berkata...

kerajaan haruslah bersedia untuk menghadapi serangan politik dari pembangkang pada PRK DUN tenang nanti.

mike berkata...

lebih2 lagi isu kenaikkan harga barangan keperluan asas..kerajaan haruslah memberikan penjelasan yang boleh diterima oleh pengundi.

mike berkata...

apa2 pun,kita tunggu dan lihat keputusan di tenang.

Paquin berkata...

Nda kisah juga lah kalau isu ni jadi modal pembangkang. hehe

Paquin berkata...

Rakyat kenalah bijak menilai perkara ini dan juga mudah terpedaya.

Paquin berkata...

BN pun kenalah bersiap sedia berdepan dgn hal ni. Jangan biarkan rakyat menjauhkan diri dari BN akibat permainan politik pembangkang.

Paquin berkata...

Tapi politik ni terlalu sukar diramal. Makin difikir hanya akan mebuatkan kepala sakit saja. huhu

Paquin berkata...

Apapun saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik utk mereka. Jadi kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

Unknown berkata...

Kita nanti saja, siapa yang akan dapat menawan Tenang. Adakah BN atau pembangkang. Mungkin rakyat saja yang tahu siapa yang terbaik untuk mereka.

Hosie Masie berkata...

Calon yang mewakilkan wanita ini mungkin agak sukar untuk diramal. Apa pun perkara yang penting adalah semoga PRK ini berjalan dengan keadaan yang aman.

elia berkata...

Setiap parti kena gandakan usaha untuk memiliki undi dari penduduk setempat. Usaha yang lebih selalunya akan membuah hasil yang amat memberansangkan.

elia berkata...

Sehebat mana pun isu itu dipolitikkan, saya yakin bahawa pembanggunan itu adalah lebih penting.