Isnin, 17 Januari 2011

Kematian OKT PerlukanPerubahan Institusi Polis

Oleh Suara Keadilan

suaram1Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengutuk dan berpandangan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) keatas kematian tiga lagi tahanan dalam polis adalah melampau sekaligus melakukan kesalahan yang serius dengan mencabul undang-undang hak asasi dunia.

Antara tiga tahanan yang mati adalah: atas dua kes kematian dalam tahanan iaitu:

1 M. Krishnan, 37, Lokap tahanan Bukit Jalil
2 K. Sivam, 43, Balai Polis Sentul
3 Ooh Joo Kia, 44, Balai Polis Nibong Tebal

Mangsa, M.Krishnan ditangkap oleh polis di Taman Miharja pada 3hb Januari kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengedar dadah. Namum demikian, mangsa telah didapati meninggal dunia pada 7 hb Januari di dalam lokap pada waktu pagi. Laporan bedah siasat melaporkan bahawa, mangsa mati kerana penyakit ulser. Tetapi pihak keluarga menafikan laporan bedah siasat dan menyatakan bahawa mangsa adalah seorang yang sihat dan beliau tidak mempunyai penyakit sedemikian.

Malah, menurut pihak keluarga, kematian mangsa tidak dimaklumkan kepada mereka dengan serta merta, malah mereka hanya mendapat tahu kematian M. Krishnan melalui tahanan yang bernama Sargunan yang telah dibebaskan daripada lokap Bukit Jalil.

Mangsa kedua yang mati dalam tahanan adalah tahanan yang bernama Ooh Joo Kia. Mangsa Ooh berasal dari Sungai Bakap,Nibong Tebal. Mangsa telah ditahan pada 4hb Januari untuk membantu siasatan polis berkenaan kegiatan judi menerusi talian internet. Namun, mangsa telah diberitakan pengsan dan kemuadian mati dalam tahanan, 7 jam selepas beliau ditahan.2

Manakala, mangsa ketiga iaitu K.Sivam pula dilaporkan mati dalam tahanan dalam awal bulan ini. Sebarang maklumat lanjut berkenaan mangsa ini masih belum diperolehi lagi.

SUARAM amat meragui punca kes-kes kematian tersebut dan kami mengesa kerajaan menjalankan inkues serta membenarkan bedah siasat untuk kali kedua bagi mengetahui punca kematian M.Krishnan, Ooh Joo Kia dan juga K.Sivam. SUARAM melihat tindakan pihak polis ini tidak berperikemansiaan dan tidak bersikap professional. Persoalannya, mengapa pihak polis mengambil tempoh masa yang agak lama untuk mendedahkan kematian mangsa kepada keluarga-keluarga tahanan?

Pihak polis perlu bertanggungjawab terhadap segala kes kematian dalam tahanan kerana, adalah tanggugjawab polis untuk menjaga OKT (orang kena tahan) dalam keadaan sihat seperti yang dinyatakan dalam Akta Kaedah-Kaedah Lokap (L.N.3289/1958)(4).

Malah, menurut Artikel ke-6 dan 24 dalam Deklarasi Badan Prinsipal untuk Perlindungan Terhadap Semua Orang Bawah Segala Penahanan atau Penjara-Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu3 menyatakan bahawa semua suspek yang ditahan adalah dilarang untuk menerima segala hukuman yang zalim dan mereka berhak mendapat layanan perubatan yang sepatutnya sekiranya mereka memerlukan.

Namun, segala undang-undang hak asasi ini dicabul oleh pihak polis di Malaysia dan setiap indvidu yang mati dalam tahanan di rampas kebebasan mereka untuk hidup.

Kes kematian dalam tahanan ini adalah bukan yang pertama. Malah, sehingga kini satu penyiasatan yang menyeluruh dan terperinci tidak pernah dijalankan terhadap mana-mana kes kematian dalam tahanan polis yang dilaporkan.

SUARAM berpandangan kes kematian dalan tahanan polis adalah satu isu yang amat berat dan menyalahi undang-undang Hak Asasi Antarabangsa. Penyalagunaan kuasa dalam anggota PDRM harus dihentikan dengan segera. Kami menyeru agar rakyat Malaysia bersama-sama dengan SUARAM dan anggota masyarakat sivil yang lain menuntut kepada kerajaan Malaysia agar:

1. Segera melaksanakan IPCMC iaitu Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang bersifat bebas serta telus dan adil

2. Wujudkan Mahkamah koroner yang bebas untuk meyiasat segala kes kematian dalam tahanan dan inkues yang terbuka perlu dijalankan dengan serta merta bagi setiap kes kematian dalam tahanan.

3. Tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk ketiga-tiga kes kematian dalam tahanan sementara mahkamah koroner diwujudkan.

4. Membawa semua pihak yang terlibat dan bertanggungjawab dalam kes Kematian tahanan dibawa ke muka pengadilan dengan segera!

Yap Heng Lung
Penyelaras SUARAM

Tiada ulasan: