Ahad, 23 Januari 2011

Kelibat 'Angelina Yam' mengejutkan jentera MCA, BN kelam kabut ?

SELATAN ONLINE

Kelibat 'pelakon porno' tidak kelihatan ketika perarakan calon menjadi tanda tanya. Ramai penyokong BN menyedarinya. Penyokong MCA sudah menduga. Ketika seluruh jentera parti BN/UMNO sibuk melaungkan 'Hidup Melayu', lebih kurang 200 penyokong MCA yang turut serta sekadar melaungkan slogan 1Malaysia.

Namun dari riak wajah mereka, mereka kesal kerana slogan 'Hidup melayu' sudah tidak releven lagi dikemuncak Hari seperti mengarak calon., ia berbaur sangat Racist.
Berdasarkan kepada statistik daftar pengundi di DUN Tenang, 39% pengundi adalah dari kaum Cina daripada jumlah keseluruhan 14,753 pengundi. DUN Tenang berada didalam kawasan Parlimen Labis dimana diwakili oleh anak Chua Soi Lek, iaitu YB Chua Tee Yong.

Desas desus yang bertiup kencang sejak semalam, menyebut bahawa pimpinan BN khususnya UMNO berada dalam suasana tidak 'selesa' sekiranya perarakan calon BN pada hari ini turut disertai oleh pelakon porno itu.

Isunya, ramai yang marah apabila pelakon porno itu cuba mencampuri soal hukum di dalam agama islam sewaktu berkempen. Walau bagaimanapun isu itu dapat diselesaikan lewat tengahmalam tadi oleh pimpinan BN.

Seorang penyokong BN ketika ditanya oleh pemberita ketika selesai perarakan calon pagi tadi telah mengesahkan bahawa tidak ada kelibat pelakon porno itu pagi tadi.
* LEBIH PANAS BERAPI : KHABARNYA 'ANGELINA YAM' yang mengegarkan negara satu masa dahulu yang beraksi hebat didalam DVD ter'HOT' sambil ber'silat goncang’, ‘lipat kijang’ dan ‘lipat tanduk’ kini telah berada di DUN Tenang. Untuk apa beliau di Tenang? Tunggu saja paparan ekslusifnya.

Hal ini benar-benar membimbangkan jentera BN/UMNO di Tenang, lebih-lebih lagi jentera MCA. Tunggu paparan panas dan mengejutkan, tidak mustahil jika di Permatang Pauh, ada Ustaz Ramlang Porigi, maka di Tenang pula tidak mengejutkan pula jika adanya kelibat" Angelina Yam'.

- albanjarionline

Tiada ulasan: