Ahad, 2 Januari 2011

Kadar jenayah di Kota Damansara meningkat

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Kadar jenayah yang tinggi di Kota Damansara, menimbulkan keresahan di kalangan penduduk mengenai keselamatan di kawasan mereka.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Dr Nasir Hashim, kekurangan anggota polis untuk mengawal sering dijadikan alasan selain tindakan lembab pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah jenayah.

Pihak polis dan Persekutuan sepatutnya menyiapkan anggota yang perlu ditugaskan menjaga sesebuah kawasan, terutamanya kawasan penempatan baru seperti Kota Damansara.

“Yang sedihnya apabila kita berdemo, beribu polis ada, tidak tahu mana datang polis, tetapi apabila macam ni nak cari polis pun susah, nak panggil datang lambat, benda dah sudah baru sampai.”

Kewujudan kumpulan-kumpulan samseng yang bertindak mengawasi sesebuah kawasan sering dijadikan alasan seolah-olah memandang remeh isu keselamatan penduduk Kota Damansara.

Kejadian rogol yang berlaku di Kampung Melayu Subang baru-baru ini sudah pastinya mengundang kebimbangan penduduk.

Perkara ini sudah dibawa ke Sidang Dewan Negeri (DNS) baru-baru ini, terutamanya mengenai isu rumah urut, dinama polis lewat tiba dan bertindak kerana pihak hanya pihak polis yang boleh menjalankan tugas untuk melakukan tangkapan.

Sikap pihak berkuasa yang lambat dan sering memberikan alasan ternyata mengecewakan. Beberapa cadangan sudah diusulkan termasuk menubuhkan pasukan polis bergerak namun tiada tindakan susulan.

“Kita kena panggil segala pemimpin-pemimpin anggota Damansara untuk kita bincang, apa yang harus kita lakukan sebagai persatuan, warga Kota Damansara apa cara yang kita buat.”

Tiada ulasan: