Ahad, 2 Januari 2011

Juhar angkat sumpah Yang Dipertua Sabah baru

BERNAMA

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Ke-10 di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum pada upacara yang berlangsung di Istana Negeri.

Sejurus selepas Istiadat Lafaz Sumpah itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman memberi ucapan tahniah dan melafazkan ikrar taat setia kepada Juhar.

Juhar, 57, menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah yang tamat perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Negeri semalam selepas dua penggal memegang jawatan itu.

Di bawah Perlembagaan Negeri, Yang Dipertua Negeri yang dilantik akan berkhidmat selama empat tahun bagi satu penggal.

Juhar dilahirkan pada 5 Nov, 1953 di Kampung Tambisan, Sandakan dan berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dari Wolverhampton Polytechnic, England.

Beliau memulakan kariernya dalam perkhidmatan awam sebagai majistret kelas pertama pada 1982, sebelum menjadi seorang setiausaha politik di Jabatan Ketua Menteri empat tahun kemudian.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat semasa menjadi anggota Parlimen kawasan Kinabatangan antara 1990-1999, sebelum memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri pada 2002.

Juhar telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Panglima Norlidah RM Jasni dan dikurniakan dua anak lelaki dan dua anak perempuan.


15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada Datuk Juhar atas pelantikan ini. semoga beliau dpt laksanakan tanggungjawab ini dgn baik.

zam berkata...

tahniah kepada Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin kerana menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru.

zam berkata...

semoga selelpas ini Sabah akan menjadi lebih membangun dan bertambah baik lagi.

Jason berkata...

Congrats to Datuk Seri Panglima Juhar for his new post as the TYT of Sabah.

Jason berkata...

All the best to Datuk Juhar. May he be a better TYT than the previous one.

Tanpa Nama berkata...

Hope that he will do a fine job as the new TYT.

mandau berkata...

semoga beliau dpt melaksanakan tanggungjawb dgn baik.

mike berkata...

tahniah kepada beliau atas perlantikan ini sbg TYT sabah yang baru.

mike berkata...

akhirnya persoalan siapa yang akan menjadi TYT terjawab.

mike berkata...

diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab sebagai TYT dengan baik.

mike berkata...

tahniah dan selamat bertugas kepada TYT sabah yang baru..

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada beliau. sebelum ini pelbagai pihak telah menimbulkan spekulasi berkenaan dengan jawatan TYT, malah tidak kurang juga yang membuat ramalan. akhirnya persoalan ini terjawab dengan pelantikan Juhar sebagai TYT yang baru. tahniah

Bujang Senang berkata...

Tahniah kepada Datuk Juhar kerana orang yang terpilih untuk menjadi TYT Sabah mengantikan TYT Ahmad shah baru-baru ini.

Hamdan Hadillah berkata...

Speaker DUN Sabah telah terpilih menjadi TYT untuk mengantikan TYT lama. Datuk Juhar adalah calon yang tidak disangka akan terpilih menjadi TYT Sabah yang baru, apa pun tahniah kepada beliau.

Antanum berkata...

Tahniah....diharap beliau dapat membuat sesuatu pembaharuan dan biarlah pembaharuan itu membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Sabah.