Ahad, 23 Januari 2011

Jeffrey sahkan bertanding dalam p'raya umum

Terence Netto

Dr Jeffrey Kitingan, yang meninggalkan PKR bulan ini, mengesahkan akan bertanding kerusi DUN dan parlimen dalam pilihan raya umum akan datang sama ada di Pensiangan atau keningau - kedua-duanya kawasan KadazanDusunMurut (KDM).

dr jeffery gopari kitinganKetika ditemui Malaysiakini di persidangan berhubung hak-hak minoriti di Kuala Lumpur, Jeffry (kanan) berkata, perkara itu tidak menjadi halangan walaupun mungkin parti baru yang dirancangnya belum menjadi kenyataan.

"Pilihan raya umum di Sabah, termasuk Sarawak akan menyaksikan persaingan tidak menjurus kepada politik partisan, tetapi sama ada calon membawa agenda Borneo atau tidak," tegasnya.

Dengan pengesahan penyertaan Jeffry itu, timbul persoalan sama ada pembangkang Sabah akan terus bersaing sesama sendiri dalam perlawanan lebih dua penjuru dengan BN.

"Kita mesti bekerjasama," jelas Jeffrey, mengulas kemungkinan berlakunya pecah undi di kalangan pembangkang.

27 ulasan:

tombolo berkata...

terpulang sama jeffrey untuk bertanding kerana dia merasakan dirinya telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya.

zam berkata...

jika Jeffrey ingin bertanding dalam pilihan raya, itu adalah keputusan beliau.

zam berkata...

apa pun, belum tentu lagi beliau akan menerima sokongan kerana Jeffrey dilihat sering berubah parti politik.

Jason berkata...

Just hope he wouldn't jump here and there again.

Jason berkata...

But all the best to him.

Mohd Ishak berkata...

Jeffrey ada hak bertanding jika mahu, tapi saya rasa Jeffrey patut meletakkan lebih banyak usaha dalam UBF.

Mohd Ishak berkata...

Apapapun, selamat berjuang kepada Datuk Jeffrey.

Sanih Alias berkata...

Jeffery tidak jadi ikut dengan PBS semula??apa pun selamat berjuang kepada jeffery.

Unknown berkata...

Itu pilhan Jeffery untuk bertanding atau tidak. Bertandinglah dengan cara adil dan bersih. Itu yang penting. PRU untuk menentukan adakah parti baru Jeffery mendapat sambutan atau tidak.

Hamdan Hadillah berkata...

Sokongan itu terpulang dengan sendiri dan sejauh mana pengaruh JK di borneo..Undian adalah rahsia maka sukar unruk kita meramalnya.

Paquin berkata...

Layan ja si DJK ni. Kalau dia mahu bertanding pun terpulanglah dgn dia sendiri:)

Paquin berkata...

Terpulang juga pada rakyat mahu sokong DJK atau tak.

Paquin berkata...

Saya yakin rakyat tahu apa yang perlu dilakukan kerana perkara paling penting adalah undi rakyat. hehe

Paquin berkata...

Jadi kita tunggu dan lihat sajalah nanti s/ada DJK dapat menambat hati rakyat atau sebaliknya.

Paquin berkata...

Apapun saya harap DJK tak melompat lagi. hehehe

mandau berkata...

kita lihat mampukah jeffrey memberi saingan dalam PRU nnti.

nickko berkata...

semakin sukarlah laluan pembangkang untuk menang pilihanraya umum akan datang.

nickko berkata...

masa sudah semakin hampir, tapi parti masih belum ditubuhkan. jika Jeffrey bertanding pun, kemenangan masih jauh memihak kepada parti beliau. apa2pun saya harap kerjaya politik beliau akan lebih baik selepas ini terutamanya setelah keluar dari PKR.

mike berkata...

mungkin beliau ingin menjadikan PRU akan datang sebagai platform kepada agenda borneo.

mike berkata...

namun, mungkin keadaan akan sukar sedikit kerana terdapat persaingan dengan parti pembangkang di sabah seperti SAPP..apa pun, mungkin ada kejutan..

mike berkata...

JK makin rancak bertindak untuk mengetengahkan agenda borneo di sabah..

mike berkata...

apa pun, kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya..yang pasti keputusan di tangan pengundi.

chimchim berkata...

I thought he's over now.

onong berkata...

Nampaknya Dr Jeff masih ingin mengekalkan prinsip kepolitikannya.

Ezef berkata...

This is good actually. Let see what he got.

Velove berkata...

Kalau macam itu, PRU13 adalah satu persaingan sengit.

wake berkata...

Jeff is optimistic about his political journey.