Rabu, 12 Januari 2011

Janji 100 Hari Untuk Rakyat, Bukan Untuk Kroni Najib‏

Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia PAS berasa hairan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan janji 100 hari Pakatan Rakyat akan membawa anak cucu merana kerana tidak ada kemampuan kewangan.

Sepatutnya seorang Perdana Menteri mesti berfikiran positif apabila perancangan baik untuk rakyat di negara ini. Apakah salah apabila Pakatan Rakyat mengemukakan rancangan untuk manfaat majoriti rakyat? Salahkah Pakatan Rakyat hendak menghapuskan Felda Plantation dan membuka ladang-ladang baru kepada generasi kedua dan ketiga?

Salahkah Pakatan Rakyat hendak menyusun kembali tol yang dianggap sebagai penyebab bebanan terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan peningkatan kos operasi. Salahkah Pakatan Rakyat untuk memberi imbuhan bulanan tambahan kepada guru RM500 sebulan?.

Datuk Seri Najib cuba menimbulkan keraguan tentang kemapuan kewangan jika janji 100 hari dilaksanakan. PAS mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana baru sedar tentang hal ini, kalau hendak belanja ukurlah kemampuan dahulu.

PAS juga hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib, janganlah kalau untuk kepentingan rakyat umum, tidak mampu, tetapi untuk kepentingan kroni mampu pula diluluskan peruntukan. Adakah Datuk Seri Najib sudah ambil kira kemampuan kewangan negara ketika mencadang untuk membina Menara Warisan 100 tingkat?.

Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu orang di United Kingdom dengan kos RM1 juta seorang dan boleh menampung biasiswa 10 ribu pelajar di fakulti perubatan di Mesir.

Kenapa peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan

Apakah peruntukan untuk PERMATA yang dikendalikan oleh Datin Rosmah sebanyak RM111 juta tidak membazir, sedangkan untuk Sekolah Agama Rakyat RM95 juta.

PAS berasa hairan dengan kenyataan seorang Perdana Menteri yang mengatakan negara kita akan menjadi seperti negara Greece kalau ikut perancangan PR. Kenyataan yang sama juga ketika PAS memerintah di Kelantan pada tahun 1990.

Pemimpin Umno mendakwa PAS hanya mampu memerintah selama 3 bulan sahaja. Dakwaan mereka hanya menurut kaca mata mereka yang penuh dengan rasuah, ketidakcekapan dan salah urus.

Begitu juga ketika kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma sebanyak 20 meter padu, pemimpin Umno kata ini perbelanjaan membazir. Pendek kata untuk rakyat semuanya membazir, kerana bimbang apabila rakyat senang, BN tidak ada harapan untuk menjerat leher pengundi dalam setiap pilihanraya.

PAS ingin menjawab keraguan Perdana Menteri Malaysia ragu tentang daripada mana sumber yang akan PR perolehi. Antara sumbernya ialah kita akan memerangi rasuah yang menyebabkan wang negara hilang sebanyak RM28 bilion.

Pakatan Rakyat tidak akan membuat Persidangan Wanita Pertama seperti kendalian Datin Rosmah selama 3 hari hampir RM4.5 juta. Subsidi untuk penjana kuasa bebas sebanyak RM19 bilion perlu dikaji semula kerana membebankan negara.

PAS berkeyakinan janji 100 hari, Pakatan rakyat mampu laksanakan, berdasarkan pengalaman di Kelantan yang mampu memberi kebajikan kepada rakyat walaupun sumber yang terhad. Keadaan berbeza apabila Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat yang mempunyai sumber kewangan yang lebih luas untuk dijanakan bagi manfaat rakyat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

23 ulasan:

azman berkata...

janji 100 hari ini kini sedang dilaung-laungkan oleh PR. namun, adakah janji ini benar-benar rasional?

azman berkata...

bagaimana pula dengan janji-jani PR yang dulu? jika janji-janji yang lama pun masih belum tertunai bagaimana pula mereka ingin melaksanakan janji 100 ini.

mantra berkata...

PR kena pastikan mereka benar2 mampu laksanakan janji tersebut sebelum melaung laungkannya.

Tanpa Nama berkata...

In my opinion, Najib should allow PKR to try out this 100 days reformation.

Tanpa Nama berkata...

Of course, it depends on what Najib decides in the end.

Tanpa Nama berkata...

pakatan pembangkang hanya tahu memberikan segala2nya percuma kepada rakyat tapi tidak tahu bagimana merancang ekonomi negara atau meningkatkan ekonomi negara. mereka tidak ada pengalaman mentadbir negara dan tidak tahu mengurus kewangan negara. sebab itu kerajaan selangor mengalami defisit dan negeri2 PR yang lain tidak mampu menarik pelabur asing.

Tanpa Nama berkata...

memang betullah negara akan bankrap dibawah pemerintahan Pakatan lebih2 lagi ketua pakatan sendiri hampir menjahanamkan ekonomi negara semasa beliau menjadi menteri kewangan. perlukah mereka diberi peluang untuk mentadbir negara ini? lihat sahaja semua yang dibangkang oleh PR sebenarnya mempunyai impak besar kepada pembangunan ekonomi negara. jika semua projek yang dibangkang itu dihentikan, dari dulu lagi negara kita sudah bankrap.

Unknown berkata...

Mungkin keluar memang cakap untuk rakyat. Tapi bila sudah dilaksanakan 100 hari ini untuk kroni PR sendiri. Memberikan Kroni mereka kaya. Mana kita tahukan. Perkara ini tidak mustahil akan berlaku.

Hosie Masie berkata...

Mungkin Najib pandai menilai sesuatu. Fikirkan kebaikkan untuk rakyat, membazir untuk rakyat satu perkara yang baik. membina sekolah, menaiftaraf jalan, memberikan bisiswa pendidikan dan sebagainya. Itu untuk kebaikkan kerajaan sendiri. Tapi membazir membina bangunan tinggi tidak ada guna jika rakyat membantahnya. rakyat membantah maka tidak ada lagi kuasa selepas itu. Maka fikirkanlah baik-baik. Sebagai seorang PM harus berfikiran yang bijak dalam mengurus semua ini.

Tanpa Nama berkata...

pakatan jgnlah begitu mudah nk menaburkan janji kerana janji 100 hari bukan mudah untuk dicapai.

Hamdan Hadillah berkata...

Kalau susah sangat lagi baik bersatu dari bergaduh.Bikin sakit kepala saja politik yang tidak ada kesudahannya ini. Najib mesti melakukan sesuatu. Tidak perlulah buat bangunan tinggi-tinggi, runtuh sayang saja itu. Bagus buat bangunan untuk menuntut ilmu. berguna untuk masa hadapan.

Paquin berkata...

Tidak ada yang salah cuma janji 100 hari PR ni kan, aduiii mcm doraemon oo.. hahaha
Ingat senangkah nak kotakan. huhu

Paquin berkata...

Secara peribadi sampai sekarang saya blm nampak kemampuan PR melaksanakan janji 100 hari tu. huhu

Paquin berkata...

Jadi rakyat kenalah bijak menilai jangan mudah terpedaya dengan janji manis. Fikirkan logiknya janji itu s/ada boleh dicapai atau tak. 100 hari, rasanya.....????

Paquin berkata...

Saya takda niat mahu merendahkan mana-mana pihak... Jadi kita tunggu & lihat sajalah nanti s/ada PR berjaya buktikan mereka mampu kotakan janji atau sebaliknya.

Paquin berkata...

Tak sabar nak tunggu next GE. hehehe

Mohd Ishak berkata...

Hanya PM saja yang boleh membuat keputusan mengenai hal ini.

onong berkata...

Rakyat yang bersusah payah membayar cukai..mesti segala keperluan harus difikir dari sudut kami semua.

wake berkata...

Promise is meant to be fulfilled.

Velove berkata...

Jangan biarkan rakyat terus tertunggu tunggu.

Ezef berkata...

Cronies aren't mean to be in the ' 100 days ' territory.

wake berkata...

We deserve a better tomorrow.

Antanum berkata...

Why not the both party make it happen. Some idea is a good idea.