Jumaat, 21 Januari 2011

Isu SUK: Penyokong Pakatan berarak tunjuk setia kepada Sultan

KLANG – Para penyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini berarak ke istana Alam Shah di sini untuk melahirkan kesetiaan mereka kepada Sultan Selangor.

Kira-kira 200 penyokong PR berarak dari Masjid Diraja Sultan Suleiman di sini ke istana untuk menyokong kerajaan negeri perikatan itu dalam kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Kami hendak mengatakan bahawa penderhaka sebenar ialah pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN),” kata Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin di hadapan penyokongnya dengan dikerumuni polis di pekarangan istana.

Tiada ulasan: