Selasa, 4 Januari 2011

Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi

MALAYSIA KINI

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber. azlanBagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

14 ulasan:

samm berkata...

mungkin pengguna akan lebih berminat menggunakan RON95 selepas ini.

samm berkata...

nampaknya pengguna perlu berbelanja dengan bijak dalam menghadapi kenaikan harga ini.

Unknown berkata...

As an oil producer country, that is why our oil and gas price more cheaper than others.

mandau berkata...

kenalah berjimat dan kurangkan perjalanan anda.

Unknown berkata...

Kenaikkan harga petrol RON97 pasti akan lebih membebankan rakyat. Rakyat terpaksalah guna RON95 kerana ia lebih murah berbanding dengan RON97.

Unknown berkata...

Diharapkan kerajaan akan mencari jalan untuk mengurangkan beban pengguna.

POP berkata...

Berita ini telah menjadi berita hangat facebook. Memang menyusahkan. Harga naik, pendudk mati.

Tanpa Nama berkata...

kenaikan RON97 tidak akan memberikan impak yang besar kepada rakyat kerana majoriti rakyat masih boleh bergantung dengan RON95. tapi kenaikan mendadak ini mengundang pelbagai persepsi yang menggambarkan tahun 2011 ini akan menyaksikan rakyat terus terbeban dengan kenaikan harga barangan.

Tanpa Nama berkata...

mustahil untuk kerajaan menurunkan harga petrol melainkan kerajaan sanggup memperuntukkan subsidi yang tinggi. oleh itu, kerajaan perlu lakukan sesuatu bagi mengimbangi kesan kenaikan ini dengan kuasa beli rakyat iaitu dengan menetapkan pendapatan rakyat kepada satu tingkat yang lebih tinggi.

Paquin berkata...

10 sen pun duit juga tu.. Mesti bestkan kalau harga naik 10 sen, gaji pula naik RM10:P hehehe

Paquin berkata...

Jadilah pengguna/pemandu yang bijak. Rancang perjalanan sebaik mungkin dan cubalah berjalan kaki utk jarak yang dekat.. Tak perlu bergantung pada kenderaan sangat..

Sanih Alias berkata...

Rakyat diminta untuk bersabar. Mungkin ada sebab kenapa kenaikkan ini berlaku. Kita nantikan penjelasan dari PM.

Anak Sabah berkata...

Apa boleh buat. Kenalah guna Ron 95 kalau mau murah.

Antanum berkata...

Harga itu akan naik juga lambat-laun. jadi pada bila2 masa kena bersedia untuk mengadapi perkara seperti ini.