Jumaat, 7 Januari 2011

Harga kereta dijangka naik

SELANGOR KINI

SHAH ALAM - Kaji selidik Frost & Sullivan, menjangkakan harga kereta di negara ini akan meningkat susulan peningkatan kos buruh dan harga besi global.

Ketua bahagian automotif dan pengangkutannya, Kavan Mukhtyar berkata, walaupun ia dijangkakan akan meningkat, tetapi ia tidak menjejaskan jualan kereta secara keseluruhan.

Kavan ketika membentangkan keputusan laporan tinjauan automotif Malaysia bagi 2011 di Kuala Lumpur semalam berkata, jangkaan kenaikan kadar faedah pinjaman bank bagi pembelian kenderaan juga tidak akan menjejaskan penjualan kereta bagi tahun ini.

“Jangkaan Kadar Penigkatan Semalaman (OPR) kepada sekitar 3.25 peratus pertengahan tahun ini hanya akan memberikan mpak minimum ke atas beban pinjaman pengguna dan kelulusan pinjaman”

Tambahnya lagi, kenaikan harga minyak juga tidak mempengaruhi jualan kereta di Malaysia berikutan harganya masih di tahap yang munasabah, tetapi sekiranya harga minyak melambung terlalu tinggi ia akan memberikan kesan yang ketara ke atas jualan kenderaan di negara ini.

“Sebagai nota rujukan, pada tahun 2009, kerajaan Indonesia mengurangkan subsidi minyak di negra itu, menyaksikan harga minyak telah meningkat sehingga 40 peratus dan ia sekaligus menjejaskan penjualan kereta”

Tiada ulasan: