Isnin, 10 Januari 2011

Hantu Seram UiTM. Penting ker?

Staff Berita Semasa

gambar hantu (Gambar) Hantu Seram UiTM. Penting ker?

Pertama kami nak tanya kepada Mingguan Malaysia, penting ker cerita dan gambar hantu seram UiTM ini dimuatkan dalam akhbar anda yang dibayar oleh rakyat? Kedua, adakah Mingguan Malaysia nak jadikan akhbar anda setaraf dengan sebahagian keluarga “media-media Indonesia” atau nak jadikan setaraf dengan majalah Mangga?

MERSING – Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan. Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.

Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat. “Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu. “Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di belakang saya,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. SUMBER : MINGGUAN MALAYSIA

Yelah, terkejut, terkejut dan terkejut. Bukan main terang lagi gambar hantu bila kena tangkap gambar? Kenapala…..suka cedok cerita-cerita paranormal seperti ini untuk dimuatkan dalam akhbar yang dibaca oleh masyarakat setempat. Hai…nampak gambar hantu pun boleh masuk suratkhabar?

Tiada ulasan: