Khamis, 13 Januari 2011

Derita 30 minit

Oleh Muhammad Apendy Issahak

REMUK...bomba cuba merenggangkan bahagian kepala lori  bagi mengeluarkan Almi Sabri yang tersepit.

REMUK...bomba cuba merenggangkan bahagian kepala lori bagi mengeluarkan Almi Sabri yang tersepit.

RAWANG: Seorang pemandu lori hanya mampu merintih dan menjerit kesakitan selama lebih 30 minit akibat tersepit sejurus lori yang dipandu merempuh belakang sebuah lori pasir, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang memandu lori dengan muatan alat ganti kereta Proton dikatakan gagal mengelak sebelum merempuh belakang sebuah lori pasir di lorong kanan Kilometer 445, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang arah utara, di sini.

Kejadian itu menyebabkan mangsa, Almi Sabri Mohd Yussof, 37, tersepit di tempat duduk pemandu apabila kedua-dua kakinya gagal dikeluarkan kerana bahagian depan lorinya remuk hingga menghimpitnya.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menghantar alat ganti kereta Proton ke Tanjung Malim, Perak, merintih sakit dalam keadaan berlumuran darah sementara menunggu anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

Bomba yang tiba tidak lama kemudian terpaksa menggunakan mesin hidrolik dan menarik bahagian kepala lori yang kemek menggunakan rantai besi bagi mengeluarkan mangsa.

Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh menaiki ambulans.

Tiada ulasan: