Rabu, 12 Januari 2011

Debat 100 hari Pakatan, Najib berdolak-dalih

BERNAMA

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.


Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.

prime minister najib razak at bn meeting press conference 2"Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat," katanya kepada pemberita di Seri Perdana di Putrajaya hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Anwar untuk berdebat dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat jika mereka menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Najib berkata pakatan pembangkang boleh membuat pembentangan mereka dan BN akan turut membuat pembentangan berhubung perkara itu.

"Dan kita boleh buat macam-macam penilaian atas perancangan berkenaan (pelan). Biar rakyat menentukan," katanya.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, jika ada orang lain yang mahu berdebat dengan Anwar seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, itu terserah kepada masing-masing dan beliau tidak akan menghalangnya.


17 ulasan:

azman berkata...

ya, kalau mahu berdebat biarlah ada hasil daripada debat itu. jika hanya ingin berdebat tanpa sebarang penyelesaian yang akan diperoleh, lebih baik tidak perlu melakukan debat itu.

azman berkata...

biarlah rakyat membuat penilaian mereka. terserah dengan rakyat untuk menilai dengan bijak tentang sesuatu pekara.

mantra berkata...

jika debat dijalankan, apa hasil yng akan diperolehi? debat bukanlah jalan penyelesaian.

Tanpa Nama berkata...

Najib should accept Anwar's challenge.

Tanpa Nama berkata...

Anwar Ibrahim kerjanya saban hari hanyalah membuat slogan, bercakap, bermesyuarat, membuat sidang akhbar, membuat janji, memfitnah, membuat huru-hara dan mengganggu kerajaan dan juga orang lain nak bekerja. Sekali sekala pula dia akan keluar Negara membuat perkara yang sama. Setelah kehabisan modal untuk bercakap dia kini mengajak Perdana Menteri pula agar melayan cakapnya melalui program debat. mungkin dia sendiri sedar penjelasannya melalui media milik pembangkang tidak berkesan.

Tanpa Nama berkata...

Anwar sepatutnya pada ketika ini bekerja keras untuk menunaikan semua manifesto PR yang dijanjikan dalam pilihanraya terdahulu terutamanya untuk negeri Selangor yang diterajui PKR. Malangnya, Anwar tidak berminat untuk membuat kerja2nya. Malah Anwar tidak tahu pun bagaimana untuk bekerja. Selama didalam kerajaan dulu pun Anwar tidak bekerja dan tidak ada satu pun jasa Anwar kepada Malaysia. Apabila Anwar cuba bekerja, akibatnya ialah Malaysia hampir muflis kerana mengikut dasar2 IMF ketika kegawatan ekonomi. Anwar sudah tidak ada kredibiliti lagi di mata dunia, bukan sahaja di Malaysia.

Hamdan Hadillah berkata...

Mungkin anwar mahukan teman untuk bercakap itu sebab dia mahu berdebat dengan PM. Anwar, sudah-sudahlah dengan sikap yang dulu-dulu ini.

Sanih Alias berkata...

Mungkin kita nantikan sesuatu yang mengejutkan kita nanti. Kita tunggu dan lihat saja nanti.

Tanpa Nama berkata...

debat tak merubah apa2 pun, lebih baik berbincang untuk membangunkan lagi negara kita.

Paquin berkata...

Janji 100 hari pun sudah dilihat sebagai sesuatu yang tidak masuk akal, inikan lagi nak berdebat... hhmmm

Paquin berkata...

Betul tu rebirth. Entah apa yang Anwar mahukan... asyik timbulkan hal ja. huhu

Paquin berkata...

S/ada Najib mahu terima cabaran ini atau sebaliknya, saya no komen... Yang penting Najib tahu apa yang terbaik untuk rakyat.

Paquin berkata...

S/ada Najib mahu terima cabaran ini atau sebaliknya, saya no komen... Yang penting Najib tahu apa yang terbaik untuk rakyat.

Paquin berkata...

Jadi rakyat kenalah bijak menilai jangan mudah terpedaya dengan janji manis. Fikirkan logiknya janji itu s/ada boleh dicapai atau tak. 100 hari, rasanya.....????

Paquin berkata...

Apapun kita tunggu dan lihat sajalah perkembangannya nanti.

Mohd Ishak berkata...

Baik juga kalau Najib bersetuju berdebat dengan PR.

Antanum berkata...

Kita tidak perlukan debat sebenarnya. Rakyat dapat meniliai dengan mata dan dapat merasai bagaimana pemerintahan kerajaan selama ini.