Ahad, 23 Januari 2011

Cegah pengemis warga asing, MBSA lancar operasi

SELANGOR KINI


SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Imegresen dalam masa tersekat akan melancarkan operasi bersepadu bagi mencegah pengemis warga asing yang semakin berleluasa di sekitar Seksyen 2, Shah Alam.

Pegawai Perhubungan Awan MBSA, Shahrin Ahmad berkata, meskipun MBSA tidak mempunyai kuasa khusus untuk menangkap pengemis terbabit, operasi tersebut diharap akan membantu menyelesaikan masalah itu.

Menurut Shahrin, sepanjang pemantauan yang dilakukannya sendiri mendapati pengemis warga asing tersebut seperti dapat mengesan pihak berkuasa sedang mengintip pergerakan mereka dan tidak beroperasi pada hari tersebut.

“Masalah pengemis warga asing gagal dibendung disebabkan mereka licik menjalankan operasi apabila mengetahui bilakah masanya penguatkuasa MBSA datang membuat pemantauan,” ujar Shahrin.

Selangor Kini turut difahamkan, selain Seksyen 2, beliau turut menerima aduan kegiatan yang sama berlaku di Medan Selera yang menjadi tumpuan mahasiswa UiTM di seksyen lain di Shah Alam dan pihak MBSA memandang serius permasalahan berkenaan.

“Jika ada tangan yang ringan member sudah pasti ada yang menadah tangan. Sebaik-baiknya berfikir panjang sebelum menghulurkan sedekah kerana ia akan menjadikan peminta sedekah terus aktif menjalankan kegiatan mereka,”katanya.

Tiada ulasan: