Isnin, 24 Januari 2011

Bukti penyelewengan Datuk Ai, Calon BN DUN Tenang Siri 3

SELATAN ONLINE

Pada siri pendedahan yang lalu, CiLiK© telah mengutarakan kisah lelongan yang menyebabkan tanah berkenaan terlepas ke tangan pihak ketiga akibat Keculasan Datuk Ai, Calon BN semasa menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Segamat ketika itu, sila rujuk link ini [Penyelewengan Calon BN].



Sebelum ini, Datuk Ai (Calon BN DUN Tenang) mengatakan bahawa dia tidak bimbang dengan serangan pembangkang kerana "beliau tidak ada perkara yang disembunyikan" [Utusan]. Nampaknya Datuk Ai sudah lupa dengan salah guna kuasa yang pernah dilakukan malah sudah diketahui oleh seluruh warga di Segamat! bangkai gajah mahu ditutup dengan tudung saji "Pelanduk mudah lupakan jerat". CiLiK cabar Datuk Ai! Sila nafikan pendedahan ini!

Pendedahan diteruskan

Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh tuan tanah, sehingga terpaksa bergolok bergadai untuk mempertahankan tanahnya daripada dilelong, namun proses lelongan tetap juga berlaku.

Sebagai jalan terakhir, tuan tanah yang terlalu terdesak telah menawarkan wang RM 3000 kepada pembida agar menarik diri daripada lelongan tersebut. malangnya pihak pembida menolak, sebaliknya meminta wang sebanyak RM 30,000 jika mahu pihaknya menarik diri dari pembidaan tersebut.

Akhirnya terlepaslah tanah seluas 8 ekar ini kepada pembida tersebut. Tuan tanah yang berasa dianiaya oleh masaalah birokrasi Datuk Ai selaku PPT pada waktu itu telah melantik peguam bagi memastikan perkara ini dibawa ke mahkamah.

Keadilan harus dituntut! Salah guna kuasa Calon BN, Datuk Ai harus didedahkan kepada masyarakat! Ini bukan isu peribadi, tetapi isu penyelewengan yang melibatkan tanah rakyat yang teraniaya.

Sebagai bukti dakwaan ini, di bawah ini CiLiK© dedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan,

Nantikan pendedahan seterusnya, apabila pembeli tanah telah mengambil tindakan saman ke atas Kerajaan Johor akibat dari keculasan Calon BN DUN Tenang, si Datuk Ai ini.

CiLiK© "Datuk Ai cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji walaupun bau busuknya sudah lama dihidu oleh seluruh warga di Segamat Johor!"

Tiada ulasan: