Rabu, 12 Januari 2011

'Belasah' ahli perniagaan, lima polis didakwa

Kuek Ser Kuang Keng

Lima anggota polis hari ini dihadapkan ke mahkamah majistret Petaling Jaya hari ini berhubung dakwaan membelasah ahli perniagaan Chia Buang Hing, 35.

NONEDaripada lima anggota itu, empat konstabel didakwa mengikut seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dakwaan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Chia di balai polis Kota Damansara daripada jam 12.30 pagi hingga 3 pagi pada 19 Disember tahun lalu.

Keempat-empat mereka adalah Konstabel Mohd Azwan Hassan, Konstabel Norzali Rosle, Konstabel Ahmad Saifullah Osman dan Konstabel Alizulhafiz Abdul Ghafar.

Mohd Azwan dan Norzali menghadapi pertuduhan kedua atas akta yang sama kerana mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya antara jam 11.30 malam 18 Disember hingga 12.30 awal pagi hari keesokannya.

Keempat-empat mereka mohon dibicarakan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

NONESeorang lagi anggota yang didaakwa adalah lans korporal Mohadi Adam.

Beliau turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tuduhan mengingkari suatu arahan undang-undang di bawah Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, dengan mengetahui bahawa dengan keingkaran itu telah menyebabkan bencana kepada Chia.

Mohadi mohon dibicarakan. Jika bersalah dia menghadapi hukuman penjara maksimun setahun, denda dan juga kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM3,000 ke atas kesemua anggota polis itu.

NONEPeguam Suraj Singh yang mewakili Norzali dan Mohd Azwan dan peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Ahmad Saifullah, Alizulhafiz dan Mahadi membantah permohonan itu atas alasan tiada peruntukan undang-undang untuk mengenakan jaminan bagi kesalahan saman.

"Anak guam saya hadir ke mahkamah seawal 9 pagi selepas mereka menerima panggilan telefon daripada pihak polis dan hanya menerima surat saman beberapa minit sebelum prosiding kes itu pada 3.40 petang tadi.

"Semua mereka hadir tanpa dipaksa walaupun surat saman belum dikemukakan kepada mereka," katanya.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mengenakan jaminan terhadap kesemua anggota polis itu dan menetapkan 14 Feb untuk sebutan kes.

Chia sebelum ini juga mendakwa anggota polis berkenaan bukan sahaja menyerang tetapi merompak wang tunai RM13,000 daripadanya.

15 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Polis tidak sepatutnya mengambil tindakan secara terburu-buru.

Tanpa Nama berkata...

polis yang bertindak sedemikian menyebabkan orang ramai semakin hilang kepercayaan dan hormat kepada pihak polis.

samm berkata...

biarlah mahkamah tentukan sama ada mereka bersalah. jika benar mereka bersalah maka, memang wajarlah hukuman dikenakan ke atas mereka.

Tanpa Nama berkata...

anggota polis tidak patut mengambil tindakan undang2 sendiri. patutlah semakin hari semakin ramai yang hilang kepercayaan kepada polis Malaysia. tindakkan ini boleh mengundang persepsi negatif atau mengiya spekulasi sebelum ini yang kononnya pihak polis menggunakan kekerasan terhadap tahanan.

Tanpa Nama berkata...

ketua polis negara wajar mengambil berat kes ini dan usahakanlah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap profesion polis di negara ini. saya harap kelima2 anggota polis ini tidak terlepas dari tindakan undang2..

Sanih Alias berkata...

Lebih baik kita tunggu saja keputusan mahkamah. Siapa yang bersalah sebenarnya dalam hal ini.

Bujang Senang berkata...

Mungkin ada sebab lain kenapa perkara ini berlaku. Maka kita tunggu saja perkembangan semasa berhubung masalah ini.

Unknown berkata...

Sebagai seorang polis, jangan bertindak terburu-buru. Seharusnya mereka lebih profesional dalam menyelesaikan masalah sedemikian. Polis mesti mempunyai kesabaran yang tinggi. Kerana kecuaian dan bertindak tanpa memikirkan sesuatu akan mengundang masalah kepada diri sendiri.

Paquin berkata...

Saya belum ada kes lagi lah dengan polis.. Tapi ramai kawan saya memang anti polis, mana taknya temberang ja lebih, kerja kurang. huhuhu

Paquin berkata...

Saya yakin bukan semua polis bersikap sebegini namun gara-gara hal seperti inilah yang bakal merosakkan nama baik polis.

Paquin berkata...

Saya yakin pasti ada sebab berlakunya kes 'belasah' ini, namun bagi saya mencederakan orang lain utk apapun alasan (melainkan dibenarkan oleh undang2) tidak sepatutnya berlaku.

Paquin berkata...

Jika boleh perjelasakn hal ni supaya orang luar dapat memahami apa yang sedang berlaku.

Paquin berkata...

Apapun, saya cuma harap agar perkara ini diberi perhatian sewajarnya.

Gopuk berkata...

hukuman harus dikenakan kepada mereka.! jangan sampai ada yang terlepas.

Gopuk berkata...

Tindakan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kenapa perlu bertindak sedemkian rupa? Polis seharusnya lebih matang untuk berhadapan dengan situasi begini.