Selasa, 25 Januari 2011

Banglo mewah: Saman Khir didengar 19 September

MALAYSIA KINI

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan tiga hari mulai 19 September untuk mendengar perbicaraan kes saman fitnah bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terhadap ADUN Sekinchan Ng Suee Lim.

Penolong Kanan Pendaftar Syajaratudur Abd Rahman menetapkan tarikh itu dalam kamar dan kes berkenaan akan didengar di hadapan Hakim Dr Badariah Sahamid.

selangor dap justice reform team 261110 ng suee limDr Mohamad Khir, dalam samannya yang difailkan pada Januari tahun lalu, mendakwa Ng (kiri) cuba mencemarkan imejnya menerusi satu kenyataan, termasuk dalam media, berhubung pemilikan sebuah banglo.

Ng, dalam kenyataan pembelaannya, mendakwa beliau mempunyai justifikasi bersyarat untuk mendedahkan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh bekas menteri besar itu.

Beliau menafikan bahawa kenyataan itu adalah fitnah, sama ada daripada segi fakta atau undang-undang. Ng juga berkata kenyataan itu adalah ulasan adil yang dibuat demi kepentingan awam dan benar daripada segi fakta serta kandungan.

Pada 6 Julai 2009, ADUN DAP itu mendakwa Dr Mohamad Khir membelanjakan kira-kira RM24 juta untuk membeli sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam sedangkan pendapatan beliau dianggarkan hanya RM576,000 setahun, atau sejumlah RM4.6 juta dalam tempoh lapan tahun beliau menyandang jawatan.

khir toyo mansion 060709 07Dr Mohamad Khir menafikan dakwaan itu dan berkata banglo itu berharga hanya RM3.5 juta dan dibeli menggunakan pinjaman bank selama 30 tahun.

6 Disember lalu, beliau dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah berhubung pemilikan banglo itu.

Kedua-duanya tidak mengaku bersalah.

Kes rasuah itu, kemudiannya ditetapkan akan dibicarakan mulai 6 hingga 24 Jun ini.

Tiada ulasan: