Khamis, 13 Januari 2011

BAM mahu Misbun timbang semula keputusan letak jawatan

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahukan jurulatiah perseorangan kebangsaan Datuk Misbun Sidek mempertimbangkan semula peletakan jawatannya demi kepentingan negara terutama pemain-pemain di bawah program “Road To London 2012”.

Presidennya Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata walaupun kontrak Misbun sebagai jurulatih itu berakhir pada 31 Disember, sehari selepas beliau menyerahkan peletakan jawatannya, BAM mahukan beliau mempertimbangkan semula keputusannya itu.

“BAM akan menjelaskan kepada Misbun hasil mesyuarat exco hari ini, sebab-sebab dibuat perubahan dalam struktur latihan dan berharap jurulatih itu akan mengubah persepsinya,” Mohd Nadzmi memberitahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Stadium Juara di Bukit Kiara di sini hari ini.

Tiada ulasan: