Isnin, 24 Januari 2011

Adun Pelabuhan Klang fail saman, namakan Speaker dan SPR defendan



SHAH ALAM — Badrul Hisham Abdullah mencabar keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memfailkan saman petang ini meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa beliau masih wakil rakyat yang bagi kawasan Pelabuhan Klang.

Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Badrul Hisham (gambar) berkata wakil rakyat itu mahu Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kerusinya tidak kosong dan Speaker Datuk Teng Chang Khim bukan pihak berkuasa boleh mengisytiharkan kerusi tersebut kosong.

“Ia seperti kes Perak,” kata beliau kepada pemberita di sini selepas memfailkan writ saman petang ini.

Kata beliau pihaknya juga menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan kedua.

“Sebab kami mahu menghalang SPR daripada mengisytiharkan kerusi itu kosong,” Hafarizam.

Tiada ulasan: