Selasa, 4 Januari 2011

53 Tahun Selepas Merdeka, Gagalnya BN Di Sabah

KELAB GREENBOC

BN Gagal Tunai Janji PRU12 Di Sabah

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) terutama sekali para wakil rakyatnya digesa agar bertanggung jawab terhadap pelbagai janji pembangunan yang pernah mereka janjikan kepada rakyat di sesuatu kawasan ketika mereka berkempen dalam pilihanraya umum kali ke-12 lalu seterusnya mengambil langkah langkah serius untuk menunaikan janji mereka itu sebelum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar untuk PRU13 sepertimana yang diwar-warkan ketika ini.

Gesaan tersebut dinyatakan Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah ketika memberitahu Sabahkini.net sempena majlis rumah terbuka Krismas di kediamannya di Taman Tensan, Tenom, baru-baru ini.

“Kita juga gembira apabila jambatan Binaie sedang dalam pembinaan ketika ini walaupun kita hampir kecewa kerana janji pembinaan sudah tersasar lebih tiga tahun. Bagaimana pun kita berharap agar janji pembinaan pekan kecil Melalap dapat direalisasikan dalam tahun 2011 ini juga,” kata Jimmy.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa janji-janji pembangunan pesat Koridor Pembangunan Sabah (SDC) khususnya di wilayah tengah yang menfokuskan kawasan pedalaman meskipun perancangan dalam kertas SDC memang baik malah ia dilihat sebagai satu anjakan ekonomi kawasan pedalaman namun persoalannya bilakah ia mula dilaksanakan.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC Tenom turut menegaskan bahawa selain mereka (BN) pernah menjanjikan pembangunan bersaiz besar akan dilaksanakan namun pembangunan kecil-kecilan terutama sekali pembangunan infrastruktur yang dimusnahkan oleh bencana alam sekitar 2008, 2009 dan awal 2010 masih belum dibaiki lagi.

“Kita bersimpati bila rakyat meluahkan perasaan mereka kerana seolah-olah mereka dianaktirikan dari segi pembangunan. Sebagai contohnya, rumah kebudayaan yang ada di antaranya, atap bumbung diterbangkan oleh angin kencang dan tidak kurang juga ada yang hampir roboh tetapi terus terbiar walaupun JKKK di situ berulangkali meminta peruntukkan pembaikan,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Jimmy menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk memperkecil- kecilkan kewibawaan kerajaan BN dalam mentadbir negeri ini dan seterusnya kebertanggungjawaban pembangunan di seluruh kawasan, tetapi janji mereka mendahulukan rakyat sudah tidak bermakna lagi jika rakyat terus dikebelakangkan dalam serba-serbinya.

“Saya berani berkata semua itu kerana rakyat sering mengadu kepada saya sama ada secara lisan atau ‘SMS’ berhubung perkara perkara kepalsuan janji mereka sedangkan mereka adalah kerajaan yang bertanggung jawab soal pembangunan,” tambahnya lagi. -sabahkini.net

Ulasan GB

Setelah 53 tahun negara kita merdeka, semalam diberitakan ada murid-murid sekolah di Kampung Bongkud, Menggatal, Kota Kinabalu Sabah yang terpaksa berjalan sejauh lapan kilometer menempuh hutan belantara, jalan berlumpur dan melalui tiga batang sungai selama 2 jam untuk sampai ke sekolahnya, SK Tombongon.

Bagaimana situasi agaknya bila hari hujan? Tentulah lebih dasyat keadaan anak-anak ini. Tak sama dengan anak-anak di Semenanjung yang pergi balik ramai diantaranya di hantar kereta, malah ada yang siap dengan drivernya. Alangkah kasihannya kita lihat anak-anak kecil ini..

sabah mundur
Pictures by NST/ Datu Ruslan Sulai

22 ulasan:

samm berkata...

kini Sabah adalah lebih baik berbanding dahulu. pembangunan semakin banyak berlaku di negari ini.

samm berkata...

usaha untuk memajukan Sabah kini terus dilakukan. harap Sabah akan menjadi lebih maju pada masa akan datang.

Tanpa Nama berkata...

masih byk lagi kawasan di Sabah yang masih mundur dan perlu dibangunkan.

Mohd Ishak berkata...

Perlulah berusaha lagi.

thinaj berkata...

Memang benar kebanyakan janji yang diberi oleh wakil rakyat belum lagi ditunaikan tetapi ia tidak dinafikan Sabah lebih maju berbanding dulu.

thinaj berkata...

Apapun, saya berharap wakil rakyat akan tingkatkan usaha mereka untuk menepati janji2x yang telah mereka berikan kepada rakyat.

thinaj berkata...

Lain kali, wakil rakyat haruslah membuat janji berdasarkan kemampuan untuk menepatinya. Janji2x yang tidak ditunaikan hanya akan menyebab rakyat hilang kepercayaan mereka terhadap BN. Diharapkan wakil rakyat tidak mengulangi kesilapan yg sama.

Unknown berkata...

Siapa punca masalah? Rakyat? Tidak. Wakil Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

pemimpin atau wakil rakyat dikawasan berkenaan yang sepatutnya dipersalahkan. jika ada janji2 yang tidak dapat ditunaikan, sepatutnya pihak yang berkenaan tampil menjelaskan perkara itu.

Tanpa Nama berkata...

dengan pembangunan dan kemajuan yang telah kita nikmati hari ini, tidaklah menunjukkan bahawa BN gagal di Sabah. pembangkang hanya terdesak menggunakan isu ini memandangkan mereka sedang ketandusan isu dan tidak ada kelebihan dipihak mereka yang boleh diketengahkan.

Unknown berkata...

Sama-sama berdoa agar para pemimpin benar-benar tulus dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

mandau berkata...

bukan mudah nk bangunkan negeri Sabah yang luas ni. kerajaan kini sedang berusaha untuk membangunkan negeri Sabah.

POP berkata...

Saya percaya BN sedang mencuba sedaya upaya untuk mengubah segala dengan membaw kemajuan.

Hosie Masie berkata...

Semoga janji yang diberikan akan dilaksanakan sebaiknya. BN mesti melakukannya.

Unknown berkata...

Sabah memang membangun sekarang tapi dalam kawasan bandar tetapi bukan luar bandar. Maka semoga dimana jua akan memperolehi pembangunan yang sama rata.

Unknown berkata...

BN belum gagal lagi. BN telah mencuba yang terbaik sekarang ini. Boleh nampak perbezaan dulu dan sekarang. Di mana-mana dimajukan di seluruh daerah.

Ezef berkata...

BN needs to wrap up.

onong berkata...

Hal ini amat menyedihkan.

wake berkata...

I hope there will be no more promises but actions.

Velove berkata...

Kini sudah masuk 2011, bawa lah sesuatu yang bermakna untuk kita semua.

Nemia berkata...

BN must revive!

Antanum berkata...

Jangan lihat ini sebagai kegagalan kerana, masih ada masa untuk memperbaikki, dan juga jangan hanya melihat keburukkan sahaja sedangkan ada banyak kebaikkan yang turut berlaku di Sabah.