Selasa, 18 Januari 2011

35 pelajar UiTM Arau cedera ringan,bas terbabas

SELANGOR KINI

TAPAH – Enam daripada 35 pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau mengalami cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya Km334.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Amad berkata pemandu bas itu bersama pembantunya turut mengalami cedera ringan dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.15 pagi itu.

Beliau berkata semua mangsa yang cedera berusia dalam lingkungan 20-an diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tapah dan mereka dibenarkan keluar tengah hari tadi.

“Ketika kejadian, semua pelajar itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Arau, Perlis, selepas menghadiri program usahawan pintar di Dewan MCA, Jalan Ampang, anjuran koperasi Shamelin semalam,” katanya lapor Bernama.

Roslan berkata bas itu dikatakan gagal dikawal semasa tiba di tempat kejadian lalu terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya berkenaan, dan semua pelajar itu menaiki bas gantian untuk pulang ke UiTM.

11 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Lagi kes bas terbabas. Mujur tiada kehilangan nyawa.

Jason berkata...

Nasib baik cedera ringan sahaja.

tombolo berkata...

syukurnya dalam kemalangan ini tiada nyawa yang terkorban. kita kena berwaspada semasa memandu dujalan raya.

Paquin berkata...

Macam selalu pula kes bas terbabas di UITM. huhu

Paquin berkata...

Syukur hanya cedera ringan dan takda kehilangan nyawa. hhmmm, semoga hal seperti ni tidak berulang lagi.

nickko berkata...

sejak kebelakangan ini banyak pula kes bas terbabas. walaupun hanya melibatkan cedera ringan, isu ini wajar diambil perhatian. bagaimana kerajaan mahu menggalakkan penggunaan pengangkutan awam jika keselamatan penumpang sentiasa dalam bahaya..

nickko berkata...

jika insiden seperti ini kerap berlaku di negara ini, pasti satu hari nanti orang ramai terutamanya ibubapa tidak akan menggalakkan anak2 mereka menaiki pengangkutan awam.

Bhatera berkata...

Semakin hari semakin menjadi-jadi masalah pengangkutan awam ini. Ada saja kemalangan berlaku sekarang. Harap pihak berkuasa menjadi jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

elia berkata...

Lagi2 melibatkan bas. Tidak ada cara lain selain dari berhati2. Kepada para pemandu ingatlah bahawa nyawa orang berada ditangan mereka.

elia berkata...

Terdapat pelbagai punca berlaku kemalangan dan diharap pemandu lebih berhati2.

nurfatihah berkata...

Syukur hanya cedera ringan. Kenapa senang sangat kemalangan di sana berlaku padahal kondidi jalan raya jauh lebih baik daripada di Sabah&Swak?