Ditulis oleh Te@M.IT
GUA MUSANG – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin mendakwa Umno-BN selama-lamanya tidak mahu membela rakyat negeri Kelantan."Cuba kita lihat dalam isu PPSMI, satu bangsa membuat polisi untuk tidak membenarkan bangsa sendiri menggunakan bahasa bangsa sendiri. Tidakkah pelik apabila kita melihat bangsa Melayu berjuang habis-habisan untuk mempertahankan bahasa sendiri sedangkan pemimpin kita adalah dalam kalangan sebangsa dengan kita. Isu PPSMI menyaksikan ribuan rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk menyatakan bantahan mereka. Demonstrasi yang dilakukan pada 7 Mac 2009 itu turut disertai oleh sasterawan negara A. Samad Said.
Mengulas berkenaan isu royalti minyak yang dituntut oleh rakyat negeri ini, beliau menyatakan bahawa Umno-BN yang berbangsa Melayu tidak mahu membela rakyat Kelantan yang majoritinya adalah sebangsa dengan mereka.
“Inilah negara Malaysia. Sebuah negara yang pelik.” tegasnya malam tadi di hadapan lebih seribu hadirin yang hadir dalam siri ceramah kempen yang diadakan di Markaz Penerangan, Gua Musang.
"Sepatutnya kerajaan Pusat akan menerima lima peratus daripada hasil tersebut dan kerajaan Negeri pun mendapat hasil yang sama. Tetapi, oleh kerana kejahatan Umno ini, mereka sapu keseluruhan hasil."
Tambah beliau lagi, kerajaan Pusat telah dibayar oleh Petronas sebanyak RM57.6 billion. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, Petronas sepatutnya mengagihkan RM4.1 billion kepada kerajaan negeri.
"Macam-macam benda yang dijanjikan Umno-Bn tapi janji tidak dikotakan. Jadi, sama-samalah kita tolak kepimpinan Umno-Bn" ujarnya mengakhiri ceramah yang disampaikan malam tadi.
GUA MUSANG - "UMNO biadap dan khianat terhadap rakyat. UMNO akan mempertahankan Putrajaya biarpun tubuh berkecai daripada badan."
GALAS- Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Hj Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media hari ini menyentuh tentang isu pemilikan tanah orang asal. Jabatan Tanah dan Galian negara selama ini tidak menyenaraikan orang asal ebagai bumiputera menyebabkan pindah milik tanah kepada orang asal tidak dapat dilaksanakan.Hanya pada awal tahun ini barulah UMNO mengiktiraf orang asal sebagai bumiputera. Cadangan Penubuhan Urusetia Hal Ehwal Orang Asal oleh calon PAS merupakan satu inisiatif untuk memastikan orang asal sebagai penduduk asal negara ini tidak dilupakan dalam soal pembangunan.
BN berkaitan pemilihan calon mereka pada pilihanraya kali ini.
GUA MUSANG - Seramai 127 pengundi pos membabitkan anggota polis dan 50 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang bertugas semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, akan mengundi mulai esok.
Sementara itu, walaupun sudah berulang kali dijelaskan oleh para pemimpin PAS mengapa PAS menolak sama sekali Umno – yang telah melakukan pelbagai angkara dan kezaliman terhadap PAS
GUA MUSANG — Empat pelajar dari Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) ditahan polis Kelantan hari ini ketika sedang mengedarkan risalah pada kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
KUALA LUMPUR — Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub yang ketinggalan pada hari pertama pengundian pemilihan pusat PKR semalam — di bawah sistem pemilihan langsung — mula mendekatkan jurang undi bagi jawatan timbalan presiden dengan memperoleh sokongan besar di Perak.





Dalam banyak-banyak ‘input’ yang saya sendiri perolehi dari Sabah, Yong Teck Lee, calun SAPP dikatakan mampu untuk memberikan cabaran sengit kepada calun BN parti penyandang kepada kawasan Parlimen Batu Sapi ini. Bekas Ketua Menteri ini yang merupakan Presiden SAPP yang telah membawa partinya keluar dari BN awal tahun lepas nampaknya mempunyai ‘advantage’ jika dibandingkan dengan dua calun yang lain.
Isu peribadi Musa Aman yang sedang dihadapinya menyebabkan beliau tidak mendapat sokongan padu dari pemimpin dalam komponen BN sendiri dan untuk mengalihkan sokongan kepada pihak-pihak yang membangkang agak mudah seperti mana yang berlaku diSemenanjung tanah air. Janji PM Najib untuk merobah kepimpinan diperingkat negeri untuk membersihkan imej parti semasa Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini diharapkan akan melibatkan juga kepimpinan diSabah.
SANDAKAN - Pemimpin Barisan Nasional Sabah hidup bermewah-mewahan dan sibuk mengumpul harta benda hinggakan kebajikan dan hak rakyat di abaikan lalu menyebabkan warga negeri yang kaya dengan sumber alam ini hidup miskin dan melarat.
"Kemenangan kerusi Parlimen yang pertama bagi Parti Keadilan Rakyat di seluruh Borneo akan menandakan runtuhnya Putrajaya pada pilihan raya umum nanti. Ayuh mari kita sama-sama buat perubahan di batu Sapi dan insyaAllah kemenangan di tangan kita," kata Ansari menyuntik semangat kepada penyokong.
SANDAKAN - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa optimis terhadap peluang Pakatan Rakyat memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November berdasarkan kepada respons yang baik dari pengundi serta kejayaan menembusi beberapa kawasan yang dahulunya kubu kuat Umno.
SANDAKAN - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sabah, Abdul Razak Jamil hari ini membuat laporan polis terhadap seorang rakyat Sabah yang dikaitkan dengan skandal pengubahan wang haram berjumlah RM16 juta dan didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri,
SANDAKAN - Calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata beliau bersetuju menukar tajuk Debat Perdana anjuran Pakatan Rakyat yang bakal di adakan esok sekiranya calon Barisan Nasional dan Parti Maju Sabah (Sapp) bersetuju mengambil bahagian dalam acara tersebut.

