Isnin, 15 November 2010

Zaid sahkan keluar PKR, penjelasan susulan Jumaat ini

TERKINI
THE MALAYSIAN INDISER
Zaid Ibrahim
KUALA LUMPUR — Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi belum mengemukakan notis rasmi berhubung keputusannya kepada ibu pejabat parti.

“Saya merujuk kepada tajuk akhbar The Star (hari ini). Benar saya akan keluar parti, tetapi saya belum mengemukakan (notis) keluar daripada parti secara rasmi.

“Saya akan membuat penjelasan (susulan) menerusi kenyataan akhbar Jumaat ini,” kata beliau dalam kenyataan penjelasan yang disiarkan dalam blognya hari ini.

Dalam laporan tengah hari tadi, Bernama memetik Zaid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagaimanapun, keputusan itu masih dalam pertimbangan.

“Belum (keluar parti), mungkin tidak lama lagi,” katanya menerusi SMS kepada Bernama pagi tadi.

Akhbar The Star hari ini melaporkan bekas calon timbalan presiden PKR itu telah membuat keputusan untuk keluar parti, dengan mengatakan bahawa beliau telah muak dengan pergolakan dalaman parti.

Zaid juga dilaporkan berkata bahawa “beliau tahu masanya sudah suntuk untuk terus berada dalam PKR ekoran serangan bertali arus ke atas peribadinya oleh pemimpin-pemimpin parti”.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada 8 November lepas mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding selain melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Dalam kenyataan di blognya, Zaid berkata pucuk pimpinan PKR tidak langsung cuba menangani pelbagai isu berhubung manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil walaupun isu-isu itu sering dibangkitkan.

Pada 9 November lepas, Zaid turut menggesa Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti Azmin Ali supaya berundur dan mendakwa kedua mereka adalah punca segala masalah dalam parti.

16 ulasan:

Unknown berkata...

Baguslah kalau sudah ada keputusan yang sebenar. Sebelum ini banyak khabar angin mengatakan Zaid keluar parti dan ada yang mengatakan juga zaid tidak keluar PKR??Jadi sekarang kita telah tahu bahawa Zaid telah memutuskan untuk keluar parti PR.Sekarang kita tidak pasti apa rancangan seterusnya oleh Zaid setelah keluar parti ini.

madd berkata...

masalah dalaman PKR telah menyebabkan parti itu dilihat sebagai sebuah parti yang bermasalah.

mandau berkata...

jika kemelut dalam PKR ini berlarutan, mungkin lebih ramai lagi ahli yang akan keluar parti.

nickko berkata...

jika zaid sudah hilang kepercayaan kepada PKR terutamanya Anwar dan Azmin, kenapa masih teragak2 untuk keluar parti? atau mungkin zaid sendiri ada rancangan yang memerlukan zaid membuat keputusan rasmi jumaat ini?

nickko berkata...

berdasarkan kenyataan zaid ini seolah2 beliau sedang menantikan sesuatu sebelum dapat membuat penjelasan. tidak mustahil beliau akan kekal dalam PKR kerana beliau sendiri amat berat meninggalkan PKR.

Anak Sabah berkata...

Saya menghormati keputusan beliau. Semoga segalanya berjalan lancar selepas ini.

Anak Sabah berkata...

PKR perlu menangani krisis dalaman mereka sebelum ahli dan juga para penyokong hilang keyakinan terhadap mereka.

Antanum berkata...

Lepas keluar harap2 zaid akan mendapat ketenangan,dan tidak akan bergiat dalam politik lagi...kerana itulah yang terbaik untuk beliau..

Tanpa Nama berkata...

lebih baik Zaid kelur dari PKR kerana PKR tidak sesuai untuk beliau.

samm berkata...

nampaknya Zaid mengambil keputusan untuk keluar dari PKR. keputusan ini sudah dijangkakan..

mike berkata...

keputusan zaid untuk keluar PKR sememangnya tepat..tidak perlu kekal dalam parti yang penuh dengan penyelewengan kuasa..

mike berkata...

anwar perlu berundur dan bersara dari politik..ini adalah perlu bagi menjamin kelangsungan politik PKR..anwar tidak mementingkan perjuangan parti tetapi mementingkan perjuangan politik peribadi beliau sendiri..

mike berkata...

ahli2 PKR yang lain patut mengikut jejak langkah zaid..

mike berkata...

adakah ahli2 PKR ingin terus diperbodohkan oleh kepimpinan parti yang jelas tidak telus? fikir-fikirkanlah..

Paquin berkata...

lantaklah si Zaid ni.. Biarlah dia buat apa yang dia mahu buat.

Paquin berkata...

Sebagai pemerhati luar kita hanya mampu melihat apa yang bakal berlaku nanti.