Jumaat, 19 November 2010

Zaid Ibrahim: Datang tak dijemput pulang tak dihantar

Oleh Roslan SMS

Zaid Ibrahim baru sahaja buat kenyataan akan keluar PKR berkuatkuasa 16 Disember 2010. Saya pasti rakan-rakan dalam PKR menarik nafas lega dengan keputusan itu, begitu juga yang lain dalam Pakatan Rakyat.

Inilah merupakan sebahagian dari ujian dan cabaran yang terpaksa dipikul oleh Pakatan Rakyat termasuklah DAP dan PAS dalam menyusuri laluan yang berliku dan berduri bagi mencapai kejayaan. Perjuangan perlu diteruskan dan proses penyaringan pasti berlaku sepanjang jalan perjuangan itu.

Seorang rakan media menghubungi saya dan meinta ulasan, saya katakana yang Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS ada mengeluarkan kenyataan semalam bahawa lebih baik kita tunggu dan lihat.

Adakah Zaid akan masuk PAS?

Saya beritahu dalam kenyataan beliau tadi ternyata beliau lebih cenderung menubuhkan parti baru atau rela menjadi Bebas. Secara peribadi saya merasakan PAS tidak memerlukan beliau. Banyka sejarah lampau yang terbuku dalam hati orang-orang PAS berhubung Zaid ini. Apabila beliau mengambil keputusan menyertai PKR dahulu, apa yang terbuku itu dipendam begitu sahaja demi menjaga hati kawan-kawan dalam PKR.

Malah apabila berlaku pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor, apabila PKR memutuskan Zaid menjadi calon, ramai orang-orang PAS terganggu hati mereka, namun kerana PAS berjuang atas ketaatan pada pimpinan maka diketepikan kata hati demi menjunjung matlamat perjuangan.

Kini Zaid sudah keluar, biarlah beliau pergi. Datang tidak dijemput pulang tidak dihantar, biarlah beliau dan sesiapa sahaja yang semirip beliau berlalu keluar. Kita punya amanah perjuangan yang lebih berharga dari dua tiga kerat yang punya agenda peribadi.

Semoga rakan dalam PKR bertambah kukuh dengan pemergian beliau.

http://n32.blogspot.com/

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zaid telah membuat kenyataan bahwa dia takkan menyertai PAS.

azman berkata...

kalau dulu Zaid disanjung kerana keputusannya menyertai PKR. kini Zaid dikritik kerana meninggalkan PKR. inilah politik...

azman berkata...

terpulang kepada Zaid untuk menentukan hala tuju politiknya selepas ini..

songkilou berkata...

Semoga selepas ini beliau akan lebih tenang..Saya percaya beliau lebih mengetahui putaran politik dengan lanjutnya.

Logop berkata...

Kenapa harus Zaid tunggu 16 Disember untuk keluar dari PKR?? Bukankah Zaid tidak tahan berada dalam PKR? Sungguh menghairankan.

Logop berkata...

Apapun, best of luck to Zaid.

nickko berkata...

PKR bagaikan sebuah syarikat yang sedang mengalami kemerosotan dan sudah mencapai tahap bangkrap. agak menarik apabila pihak yang mahu keluar parti harus memberi notis sebulan sebelum secara rasmi menjadi bukan PKR. berdasarkan sumber maklumat terbaru, dikhabarkan ada ahli parlimen dan adun sudah berkira kira akan keluar dari PKR. Siapakah dia sama2lah kita nantikan.

nickko berkata...

keluarnya Zaid dari PKR sebenarnya tidaklah memberi apa2 impak kepada parti, ini kerana mereka2 yang berada didalam PKR hanyalah golongan yang bersimpati dan terus mempercayai Anwar. sesiapa yang menentang dan bercakap benar akan dilihat sebagai ancaman.

nickko berkata...

terima kasih kepada Zaid kerana beliau bukan sahaja mendedahkan kekotoran PKR malah beliau turut berjaya membuka pekung yang busuk sebuah parti yang memperjuangkan hawa nafsu seorang pemimpin yang mendambakan stor kunyit.

Unknown berkata...

Zaid memang memberikan masalah kepada parti. Asal saja kecewa keluar parti. Memang pemimpin yang tidak ada pendirian sendiri.

Paquin berkata...

Makin popular dah si Zaid :P hehehe

Paquin berkata...

Ya azman. Inilah politik, kejap disanjung, kkejap direndahkan. huhu

Paquin berkata...

Apapun, biarkanlah si Zaid ni. Pandai2 lah dia nanti tentukan hala tujunya.

Paquin berkata...

Semoga rakya dapat membuat penilaian sebaik mungkin menerusi senario ini.

Paquin berkata...

Apapun macam yang si nickko cakap, thanks kepada Zaid kerana mendedahkan kekotoran PKR kpd umum. hehe..

Anak Sabah berkata...

Ada banyak spekulasi sama ada Zaid akan menubuhkan parti baru ataupun mengikuti parti komponen PKR yang lain. Terpulanglah dengan Zaid apa keputusannya.