Sabtu, 13 November 2010

Undi pos: Pemuda PAS masih percaya demo

Jimadie Shah Othman

Dewan Pemuda PAS masih berpendapat, demonstrasi masih merupakan jalan yang berkesan bagi menyampaikan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil.

Ketua penerangannya Suhaizan Kaiat berkata, walaupun kempen baru NGO - dinamakan BERSIH 2.0 - tidak berhasrat menggerakkan rakyat ke jalan raya seperti sebelum ini, parti politik boleh mengambil alih peranan itu.

"Kalau tuntutan tidak ada hasil, apa penyelesaian?

"Kita turun ke jalan raya kembalilah," katanya sambil menyifatkan pendekatan baru BERSIH 2.0 dan peranan parti politik bergerak seiring.

Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS berkata, pihaknya menghormati kaedah baru BERSIH 2.0 bawah pimpinan pengerusi sekarang Datuk Ambiga Sreenevasan.

"Kita ada cara kita, Ambiga ada caranya dia. (Persoalan tentang) cara mana yang betul, itu subjektif," kata Suhaizan.

Pada 9 Julai lalu, BERSIH 2.0 kembali semula selepas dua tahun melakukan pembersihan dirinya daripada parti politik, dengan ikrar untuk tidak lagi turun ke jalanan untuk mencapai matlamatnya.

Ambiga Sreenevasan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai murni apolitis, tidak berniat menganjur demonstrasi besar seperti sebelumnya, sebaliknya mahu memfokus pada pendidikan awam.

Kempen BERSIH yang pada mulanya turut digerakkan parti politik pembangkang terkenal kerana penganjuran demonstrasi besar melibatkan 40,000 orang di Kuala Lumpur bagi menyampaikan tuntutan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Suhaizan bagaimanapun berkata, jika SPR berminat mendapatkan pandangan Pemuda PAS, mereka bersedia menemui pengarahnya Tan Sri Abdul Aziz Yusuf.

Pertemuan itu, katanya, sudah pasti digunakan bagi 'menuntut janji' Abdul Aziz bagi melakukan penambahbaikan sistem undi pos yang selama ini dianggap pembangkang sebagai "deposit tetap" BN.

Pemuda PAS dilihat serius mahu mengadakan satu lagi perhimpunan pada 2011 kerana "kerajaan tidak ada kecenderungan untuk memenuhi tuntutan gabungan itu".

Cadangan itu diluluskan sebulat suara dalam muktamar agung tahunnya di Kota Bharu pada 10 Jun lalu.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS lah yang mengajar rakyat berdemo. kenapa DAP tidak kutuk dan maki hamun PAS?? jelas menunjukkan bahawa PAS tidak mempu menyelesaikan masalah secara profesional selain berdemo.. mereka lebih suka menimbulkan huru hara dalam negara dengan menganjurkan tunjuk perasaan dijalan raya sehingga menyusahkan orang awam yang lain semata2 untuk menunjukkan perjuangan politik mereka.

Tanpa Nama berkata...

bayangkan, sekiranya PAS memerintah negara. jika ada masalah yang melibatkan negara kita dengan negara2 luar, adakah mereka juga akan berdemo di luar negara?? adakah mereka akan membawa rakyat Malaysia ke jalan2 raya di luar negara untuk melancarkan tunjuk perasaan??

Tanpa Nama berkata...

demo hnya mengganggu ketenteraman awam.

lisa berkata...

Opting for demonstration is not a solution to all problems. Do we want to vote for a party that conduct demonstration each time problem arises? Certainly not! Demonstration will only give more problem than solution.

lisa berkata...

Problems should be solved rationally and professionally and not emotionally.

zam berkata...

adakah demonstrasi merupakan cara terbaik untuk mengemukakan tuntuan??? PAS sepatutnya bersikap rasional dan bukannya menyokong demo..

zam berkata...

tidak perlulah melakukan demonstrasi. ini bukan budaya kita dan ianya hanya mencemarkan imej negara kita.

Hosie Masie berkata...

Perundingan yang perlu dan bukan demonstrasi. Ini akan memberikan kesusahan untuk menangani sesuatu sahaja. Jadi kita buatlah dengan perbincangan secara baik untuk menyuarakan sesuatu.

Anak Sabah berkata...

Berdemostrasi adalah cara yang paling tidak bermakna untuk mengatasi sesuatu masalah. Sebagai penjuang Islam yang mengutamakan keamanan dan keharmonian, tindakan demo adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Anak Sabah berkata...

Jadi apakah cara yang PAS mahukan untuk menyelesaikan isu undi pos?

elia berkata...

Kena ingat semua hal kita masih ada meja untuk berbincang! Demo bukanlah cara yang terbaik...

kb girl berkata...

Tanggungjawap memastikan pemilihan bersih dan adil tidak patut dipikul oleh satu atau dua pihak.
Setiap pengundi harus ada kesedaran tentang nilai undi dan makna sebenar undi. Setiap undi itu penting dan mampu membawa transformasi.

Unknown berkata...

Berdemo adalah salah satu cara rakyat melepaskan ketidak puasan dan bantahan terhadap sesuatu dasar atau isu. Ia berlaku dinegara-negara maju juga.

Unknown berkata...

Demostrasi jalan jika hilang kawal akan mengakibatkan huru-hara dan menjejaskan ketenteraman negara.

captain berkata...

Thailand adalah contoh terbaik bagi mereka yang mempercayai demo jalan.
Berapa kerugian Thailand akibat demostrasi baju merah?

Unknown berkata...

Janganlah buat dema atas jalan, nanti pelancong tidak berani datang, susah kita.