Rabu, 3 November 2010

Undi PAS akan meningkat

GUA MUSANG : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustapha melahirkan rasa keyakinan beliau terhadap undi PAS pada pilihan raya DUN Galas kali ini berikutan pemerhatian beliau terhadap golongan muda yang cenderung kepada PAS.

Ketiadaan isu-isu yang terlalu besar juga merupakan salah satu faktor yang meyakinkan beliau bahawa undi PAS tidak akan beralih ke pihak UMNO-BN.

"Rakyat khususnya di Galas sudah terlalu bijak untuk menilai dan memilih yang terbaik. Rakyat juga sudah terlalu mengenali siapa sebenarnya UMNO-BN yang hanya menjadi juara dalam isu-isu lapok dan retorik semata-mata", kata beliau kepada Te@M.ITAlamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya malam tadi.

Beliau juga ada menyebut bahawa dalam setiap ceramah yang beliau hadiri, beliau akan menekankan isu-isu federalism bagi memperjelaskan kepada rakyat peranan serta tanggungjawab kerajaan yang memerintah.

"Pembangunan memang tanggungjawab kerajaan memerintah, UMNO-BN tidak boleh menggunakan nama parti dalam soal pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan untuk mengaburi pemikiran rakyat," tambah beliau yang turut hadir malam tadi dalam program Menebar Roti Canai di Sri Tiong.

Apabila menyentuh soal habuan-habuan pihak UMNO kepada rakyat, harapan beliau agar PRK kali ini lebih telus dan 'demokrasi' yang sebenar-benarnya dapat dilaksanakan.

Beliau juga mengingatkan kepada para pengundi muda agar bijak memilih.

Beliau menegaskan bahawa golongan ini perlu menjadi agen perubahan dan model kepada negeri-negeri sebagaimana parti PAS dan pimpinan yang bertahan agak lama di Kelantan.

Menurut seorang penduduk disitu, Rokiah Sulaiman,45, ketika diminta memberi komen terhadap program-program yang dijalankan, beliau begitu seronok dan rasa diraikan dengan begitu baik.

Beliau turut menambah bahawa penduduk di situ kebanyakannya PAS dan berkeyakinan bahawa undi PAS akan bertambah.

Tiada ulasan: