Selasa, 23 November 2010

Umno makin angkuh, ketepi komponen BN

DARI - http://mp-bakri.blogspot.com/

Keputusan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini yang memperkenalkan pendaftaran ahli BN secara terus, ahli-ahli parti, Rakan BN dan Kelab Sahabat BN telah menunjukkan kuasa Umno semakin berleluasa dalam BN.

Selain itu, Umno semakin mengetepikan parti komponen dalam Barisan Nasional. Saya mencadangkan BN supaya membubarkan kesemua parti komponen dalam BN yang berasaskan kaum untuk menghapuskan sentimen perkauman yang semakin berleluasa di negara ini.

Parti politik yang berasaskan kaum harus dijadikan sejarah

Saya masih memberikan penghormatan kepada Parti Perikatan (kini digelar sebagai Barisan Nasional) dalam usaha untuk memerdekakan negara kita seperti yang dicatatkan dalam buku sejarah yang dirangka oleh kerajaan walaupun dikatakan Parti Perikatan ditubuhkan untuk menjaga kepentingan British selepas kemerdekaan.

Namun, Parti Perikatan yang dikatakan diwakili oleh semua kaum dan menjaga hak semua kaum masih mengamalkan polisi berasaskan warna kulit walaupun negara telah mencapai 50 tahun kemerdekaan. Perkara ini telah menyebabkan rakyat sering kali memandang sesuatu isu dari perspeksi perkauman.

Tindakan BN ini juga melanggar prinsip kesaksamaan manusia sejagat serta merampas hak asasi manusia. Ketidakadilan yang wujud dalam polisi kerajaan seperti sistem pendidikan bahasa ibunda, kebebasan beragama dan peluang ekonomi telah menjadi penghalang utama kepada perpaduan negara.

Barisan Nasional yang tidak menerima pandangan orang lain

Negara Jerman yang kesal dengan pemerintahan Nazi pada satu ketika dahulu mengganggap perkauman merupakan syaitan. Mereka juga menggubal undang-undang untuk mengharamkan penubuhan parti politik yang berasaskan sesuatu kaum sahaja. Walaupun negara kita pernah mengharungi insiden 13 Mei yang menyedihkan, namun, perkauman masih berleluasa di negara ini.

Laungan perkauman sering kali kedengaran di Mesyuarat Agung Tahunan Umno. Umno yang merupakan parti memerintah tidak banyak beza dengan Perkasa yang dilihat mengamalkan perkauman. Kekuasaan mutlak Umno dalam BN telah meminggirkan peranan parti komponen lain dalam Barisan Nasional.

Parti komponen yang berasaskan sokongan orang Cina seperti MCA dan Gerakan telah dianggap sebagai penakut dan pengecut oleh pengundi kerana gagal untuk melawan keangkuhan Umno.

Oleh kerana sumber yang semakin terhad dan penyakit 50 tahun memerintah Malaysia, ketidakupayaan Umno dalam meluaskan lagi kekuasaan politik di negara ini telah memandang rendah terhadap parti komponen BN kerana gagal untuk mencari balik populariti BN.

Parti komponen BN yang menuju ke arah keruntuhan

BN harus menghapuskan polisi yang berasaskan kaum dan parti politik kaum sekiranya mereka benar-benar memikirkan kebaikan untuk rakyat Malaysia. Namum, Umno yang berselindung di bawah payung perkauman untuk mencari kepentingan mereka menjadikan Umno tidak mungkin untuk menghindari perkauman.

Mereka masih perlu menggunakan isu perkauman untuk mencari populariti murahan. Kekuasaan mutlak Umno dalam BN semakin mengikis dan merampas peranan parti komponen berasaskan orang Cina dalam BN. Organisasi bukan kerajaan (NGO) 1 Malaysia yang dilancarkan di Pilihan raya kecil Galas sekali lagi membuktikan Umno tidak memerlukan parti komponen berasaskan orang Cina untuk mencapai kejayaan.

Hal ini akan membawa kepada situasi di mana Umno akan merampas kerusi dari parti komponen mereka kerana pencapaian parti komponen yang kurang memuaskan.

Walaupun parti komponen menentang tindakan BN untuk membuka keahlian BN, namum hal ini telah berjaya dilaksanakan dan sesiapa pun tidak akan menjamin apa yang bakal berlaku pada masa depan kelak.

Perkara yang menghairankan ialah pemimpin yang sepatutnya menentang polisi ini demi kepetingan parti mereka kini menyambut baik tindakan BN ini. Mangsa tsunami politik dan juga mangsa perkauman Umno seperti Koh Tsu Koon telah menggadaikan kepentingan ahli parti kerana menyambut baik usaha BN ini. Tetapi beliau masih tidak sedar kerana ia bakal membawa mereka menuju ke arah keruntuhan.

31 ulasan:

samm berkata...

UMNO tidak angkuh seperti yang dikatakan. ini kerana, setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan perbincangan dan persetujuan bersama.

Anak Sabah berkata...

Sama dengan keadaan PKR juga.

Tanpa Nama berkata...

ini adalah usaha UMNO untuk menyatukan perpaduan kaum di negara kita.

Leo berkata...

PKR and BN has the same concept. Now, who would you rather vote?

Tanpa Nama berkata...

tidak perlu menjadi batu api atau sengaja melaga2kan komponen BN atas keputusan pucuk pimpinan BN baru2 ini. mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak timbul konflik atau tentangan dikalangan 14 komponen BN. bagi saya PR sudah tidak ada idea atau bahan untuk dimainkan setelah mereka sedar kedudukan mereka semakin rapuh.

Tanpa Nama berkata...

kemungkinan besar keputusan BN ini dicemburui oleh puak2 Pakatan setelah mereka sendiri tidak mampu menjaga 3 rakan dalam Pakatan.. tidak ada tindakan BN yang bersifat perkauman. tapi Pakatan bukan setakat tindakan, malah dalam setiap kempen mereka tidak terlepas menghamburkan kata2 yang mempunyai unsur2 perkauman. malah penggunaan perkataan perkauman dalam artikel ini juga membuktikan pihak itu terdesak menimbulkan isu perkauman dan ingin menimbulkan isu itu. merekalah yang menimbulkan itu itu tetapi dituduhnya pihak lain..

elia berkata...

Keangkuhan hanya akan memusnahkan parti.

mandau berkata...

UMNO tk pernah ketepikan komponan BN yang lain. segala keputusan yang dbuat akan diperbincangkan bersama.

langsat berkata...

Apakah motif sebenernya yang ingin dinyatakan disini. banyak perkara yang diperjelaskan adalah tidak benar kerana mengaitkan isu perkauman, warna kulit dan sebagainya. Artikel ini hanya menimbulkan masalah sahaja.

langsat berkata...

Kalau nak bersaing sekalipun, bersainglah dengan cara baik dan bersih dan jangan memburuk-burukkan parti lain. Keamanaan negara harus dijaga hingga ke akhir hayat.

amy berkata...

Bangkitlah, suarakan apa yang benar dan amanah.

langsat berkata...

Rakyat m'sia pasti sudah tahu menilai akan kebenarannya.

amy berkata...

Tapi, berdasarkan pemerhatian saya, ada benarnya UMNO menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk meraih undi. Namun, pihak lawan apa kurangnya juga. Oleh sbb itulah, saya kurang gemar musim pilihanraya, kerana pada masa itulah, macam-macam adegan tidak matang melibatkan perkauman dan keagamaan terjadi.

mike berkata...

artikel ini kurang jelas dengan maksud tujuan sebenarnya..apakah intipati yang cuba disampaikan? dari apa yang saya baca, ianya adalah lebih kepada taktik mengelirukan pembaca dengan fakta sebenar..

mike berkata...

mengapa perlu bubarkan parti berasaskan kaum? jika ini berlaku, maka MCA, MIC dll berasaskan kepada kaum akan hilang..adakah ianya akan membawa kepada kebaikan? jika dibubarkan, bagaimana dengan nasib mereka?

mike berkata...

keputusan2 yang dibuat dalam BN adalah berdasarkan kepada perbincangan bersama antara parti2 komponen BN..

mike berkata...

BN lebih tahu dengan apa yang telah diputuskan..pihak pembangkang hanya memutar belitkan apa jua keputusan yang dibuat oleh BN untuk kepentingan politik mereka dan mengelirukan rakyat..

mike berkata...

namun diharap, mana2 pihak tidak akan mencetuskan sentimen perkauman secara melampau..kita tidak mahu detik hitam dalam sejarah negara kita berulang..

Paquin berkata...

Apa2 lah... Pandai2 lah rakyat membuat penilaian!

Paquin berkata...

Ya samm. Mungkin UMNO tidak angkuh sebagaimaana yang didakwa... Namun lain orang, lain pandangannya. Jadi biarkan saja lah andaian ini lupus ditelan masa:P (kononlah ya:P)

Paquin berkata...

Betul rebirth. Rasanya ada pihak yang sengaja mengapi-apikan dan memutar belitkan keadaan utk memecahbelahkan umno/bn.. hhhmmm, jahatnya keinginan pihak itu. huhu

Paquin berkata...

Ya langsat. artikel ni saja mahu cari pasal. Bagus2 tenang, mahu juga ketegangan timbul!! hairan!

Paquin berkata...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti... Saya yakin rakyat sudah cukup matang utk membuat penilaian yang tepat!

Hamdan Hadillah berkata...

Mungkin ini hanyalah kata-kata oleh pembangkang untuk BN. Keputusan yang dibuat oleh BN adalah berdasarkan keputusan bersama kompenan parti BN. Jadi para pembaca janganlah tertipu dengan kenyataan ini yang tidak ada kebenaranya.

Unknown berkata...

UMNO angkuh atau Orang yang buat artikel ini yang saja mahu memburukkan UMNO. Setahu saya UMNO berkerjasama dengan semau parti kompenan, tengok di PRK Batu Sapi UMNO memberikan peluang kepada PBS untuk bertanding atas persetujuan semua pihak. ini bukan keputusan BN seorang tapi dengan parti lain.

kb girl berkata...

Cadangan ini dibuat kerana komponen parti yang mewakili kaum tertentu tidak mampu menggukuhkan sokongan dari kaum yang mereka wakili.

Unknown berkata...

Demi kepentingan BN jangka masa panjang, inilah cara yang baik.

Unknown berkata...

UMNO kena cari jalan untuk menarik lebih ramai ahli.

Unknown berkata...

Sekutu UMNO dalam BN semakin lemah dari sokongan, terpaksalah cari jalan atau semau orang karam sekali.

captain berkata...

UMNO bukan ketepikan komponen BN, cuma mahu kekalkan kedudukan BN.

Unknown berkata...

Ini keputusan sebulat suara dari semua komponen parti.