Khamis, 18 November 2010

THAM NYIP SHEN MASUK JERAT SENDIRI?

Oleh: GONOD SUNDA

WALAUPUN PRK Batu Sapi sudah beberapa minggu berlalu, namun pergeseran politik antara mantan calon SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee dengan mantan Timbalan Presiden SAPP, Datuk Tham Nyip Shen semakin rancak, berlaku cabar mencabar; diiringi pelbagai tuduhan salahlaku dan penyelewengan ketika menduduki jawatan masing-masing.

Bagaimanapun, Tham dijangka menghadapi tugas berat untuk mengelak tindakan undang-undang bertali arus ke atasnya jika beliau gagal membuat laporan Polis atau SPRM dalam tempoh 24 jam selepas Yong memberikan altimatum petang kelmarin.

Dalam serangan balasnya, Yong mendakwa Tham mengetahui jumlah wang telah dibayar bagi mendapat kelulusan lesen Unit Pengurusan Hutan (FMU) ketika Tham menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Dakwaan Tham merupakan suatu perkara yang serius dan meletakkan dirinya sebagai orang yang bertanggung jawab mengetahui sejumlah wang telah dibayar untuk mendapatkan lesen FMU namun Tham gagal memberi alasan kenapa tindakan tidak diambil dan sekaligus menyembunyikan kesalahan rasuah.

Yong mendakwa, berdasarkan tindak tanduk Tham, menunjukkan beliau bersubahat melindungi salah laku rasuah sehingga Yong mencabar Tham membuat laporan kepada dua agensi itu dalam tempoh 24 jam.

"Jika dia gagal melakukannya, maka saya akan membuat laporan bahawa Tham telah melakukan satu kesalahan berdasarkan Undang-Undang Pencegahan Rasuah kerana menyembunyikan maklumat," kata Yong dalam satu sidang akhbar di Ibupejabat SAPP di Bornion, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Yong mengulas kenyataan Tham yang mendakwa bahawa, "dia telah diberitahu beberapa kali bahawa ada segelintir individu menerima sejumlah besar wang selepas menjanjikan urusan FMU kepada beberapa orang di Sandakan."

Senario ini membuatkan Tham seolah-olah terperangkap dengan jerat buatannya sendiri dan terpaksa melalui jalan sukar untuk melepaskan diri daripada cengkaman jeratnya itu kerana mempersendakan undang-undang.

Ramai pemerhati politik menyifatkan Tham sebagai ‘keterlaluan dan di luar pertimbangan sebagai seorang pemimpin politik’ kerana didorong oleh sifat ‘dendam kesumat’ terhadap Yong, malah dengan niat sengaja memporak porandakan para pengundi Cina dengan dakyah kosong supaya beralih sokongan kepada calon BN.

Kesimpulannya, Tham yang pernah digelar sebagai pemimpin ‘Baby Face’ suatu ketika dahulu tidak akan ke mana kerana sehingga kini Tham terpaksa meminta suaka politik dari parti komponen BN daripada Semenanjung Malaysia bagi menyambung talian hayat politiknya yang semakin genting.

26 ulasan:

Hosie Masie berkata...

Apa yang berlaku dengan SAPP??Memang ada agenda tersendiri dengan SAPP. SPRM siasat dengan telii biar mereka yang menyeleweng akan tertangkap.

Hamdan Hadillah berkata...

Rasa bukan Tham saja yang terlibat, mungkin Yong senidir ada sekali dengan kes ini. Apa pun biarkan saja pihak berkuasa meyiasat perkara ini.

evan medhousky berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mohd Ishak berkata...

Semua ini kelihatan seperti wayang kulit aje. Inilah mainan politik.

evan medhousky berkata...

memang tepat pilihan pengundi Batu Sapi untuk tidak memilih SAPP. parti ini tidak layak memimpin Sabah kerana dikhuatiri akan mengulangi reputasi buruk seperti sebelum ini.

evan medhousky berkata...

kita lihatlah nanti siapa yang masuk jerat..

tombolo berkata...

dalam SAPP kini pun ada masalah, lebih baik Tham laporkan saja pada polis.

Kurt berkata...

LOL, and i thought PKR is much worser.SAPP is even much more worser!

Kurt berkata...

Well Sabahans, SAPP has just made it easier for you voters. SAPP is not worthy of your votes. Batu Sapi voters are smart enough to know that.

Antanum berkata...

Mereka sering bertengkar sesama, bilakah mereka ada masa untuk berfikir untuk rakyat?

Tanpa Nama berkata...

YTL ni, semua dia nak blame termasuk ahlinya sendiri.

Unknown berkata...

"THAM NYIP SHEN MASUK JERAT SENDIRI?"

Baguslah tue kalau dia masuk jerat sendiri. Tidak boleh diharaplah nie SAPP.

Velove berkata...

Sedar tak sedar, ini yang berlaku ke atasnya.

Ezef berkata...

He has done something absurd. He shouldn't dare Yong if he is innocent. Or at least, telling the truth.

onong berkata...

Yong dan Tham patut berhenti. Melalak sepanjang hari, macam orang gila.

mike berkata...

macam2 karenah dalam politik seperti ini..

mike berkata...

tidak perlu bersikap seperti budak..jika mahu, Yong dan Tham tidak perlu cabar-mencabar..buat sahaja laporan polis dan biarkan agensi yang berkenaan membuat siasatan.

mike berkata...

para pemimpin harus bersikap lebih matang dan menunjukkan contoh kepada rakyat..

mike berkata...

sikap kebudak-budakkan seperti ini harus dihentikan kerana tidak memperlihatkan kematangan berpolitik serta contoh yang baik terutama kepada rakyat.

mike berkata...

apa pun, hanya mereka sahaja yang tahu akan perkara sebenar..

Anak Sabah berkata...

Tham dengan Yong pun tidak boleh dipercayai.

Tanpa Nama berkata...

Political drama.

chimchim berkata...

Yong is suing Tham now.

dollie berkata...

Both Yong and Tham should enter rehab now.

Tanpa Nama berkata...

inilah politik. macam-macam pekara boleh berlaku...

Tanpa Nama berkata...

apa pun tunggu dan lihat sajalah. kebenaran pasti akan muncul juga..