Jumaat, 26 November 2010

"Siasat syarikat pembekal tiada loji benih padi" – Mahfuz

FREE MALAYSIA TODAY

1 a rice KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa kerajaan telah membekalkan benih padi kepada syarikat milik individu yang tidak mempunyai loji benih.

Justeru itu, Naib Presiden PAS itu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap pemberian kontrak membekalkan baja organik di bawah skim subsidi padi Malaysia kepada syarikat yang tidak berpengalaman dalam menghasilkan baja organik.

"Syarikat individu yang tidak mempunyai loji menyewa loji benih milik Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani," katannya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, "mengikut syarat Kementerian berkenaan hanya syarikat yang mempunyai loji benih sahaja layak menerima bekalan benih. (Tetapi) Kenapa diberikan kepada syarikat yang tidak ada loji benih?"

Menurut Mahfuz, Kementerian seharusnya mengutamakan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk diberikan bekalan benih kerana ia memberi pulangan yang lebih tinggi kepada petani.

"Sepatutnya syarikat daripada Mada yang akan bagi pulangan kepada petani, ia harus diberi lebih banyak bekalan benih," katanya lagi.

Selasa lalu, Mahfuz membangkitkan perkara ini sewaktu berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian.

Justeru itu, kata Mahfuz, SPRM harus melakukan siasatan segera berhubung perkara ini.

Tiada ulasan: