Ahad, 21 November 2010

Siapa kata tentera untuk Melayu saja?

MALAYSIA KINI

Statistik pengambilan perajurit ATM pada 2009 menunjukkan kaum Melayu mencatatkan penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 91.55 peratus berbanding kaum Cina iaitu 0.1 peratus diikuti India sebanyak 1.01 peratus dan lain-lain kaum sebanyak 7.35.

Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Kementerian Pertahanan Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata, dakwaan bahawa ATM untuk kaum Melayu sahaja juga adalah tidak berasas, lapor Bernama.

"Siapa cakap ATM untuk orang Melayu sahaja. Hanya Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sahaja yang dikhususkan untuk orang Melayu, selain daripada itu ia adalah terbuka (untuk semua).

"Kita masih ada pelbagai cabang lagi. Tentera Laut (TLDM) dan udara (TUDM), ia dibuka untuk semua bangsa dan kita tidak memberi layanan istimewa untuk satu-satu bangsa itu," beliau dipetik sebagai berkata.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada perdebatan panas berhubung kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa bukan Melayu kurang patriotik kerana tidak berminat menyertai tentera.

Banyak pihak tampil mempertikaikan kenyataan itu, termasuklah oleh bekas-bekas pegawai tentera.

20 ulasan:

Unknown berkata...

Mungkin itu adalah pandangan setiap orang. Memang itu terpulang dengan kaum itu sendiri mahu jadi apa yang mereka suka. berniaga pun untuk negara juga, meningkatkan ekonomi negara. Jika jadi tentera itu bukan minat mereka kita tidak boleh paksa.

zam berkata...

sememangnya siapa saja boleh jadi tentera tidak kira kaum.

Tanpa Nama berkata...

mana2 rakyat Malaysia boleh menyertai tentera tnpa mengira kaum, isu ini tak seharusnya ditumbulkan lagi.

Tanpa Nama berkata...

http://www.pisau.net/2010/11/email-anggota-tentera-kaum-keturunan.html

samada kenyataan Zahid Hamidi benar atau tidak, sila baca penjelasan melalui link di atas..

Unknown berkata...

Isu ini tidak perlulah diperbesarkan. Rakyat berhak untuk memilih kerjaya mereka.

Tanpa Nama berkata...

menteri pertahanan lebih tahu situasinya kerana mereka yang dipertanggungjawabkan untuk merekrut anggota2 tentera. dimana semua pengkritik2 Zahid Hamidi ketika kementerian pertahanan sibuk menjalankan kempen besar2an untuk menggalakkan orang bukan Melayu menyertai pasukan ATM awal tahun 2010? kenapa tidak bantu menjayakan kempen?

Anak Sabah berkata...

Bagi saya, tiada apa-apa masalah jika kaum bukan Melayu tidak berminat memasuki tentera. Ia tidak bermaksud kaum itu tidak mencintai negara. Jika semua rakyat yang mencintai negara mengikuti tentera, siapa yang melakukan pekerjaan lain? Perkara ini tidak perlu dipertikai lagi.

mike berkata...

rakyat bebas untuk memilih bidang pekerjaan mereka...ianya terpulang kepada seseorang individu untuk membuat pilihan..

mike berkata...

menteri pertahanan tidak patut menyuarakan kenyataan tersebut di mana ianya tidak berasas..kenyataan dari menteri tersebut telah menyebabkan rasa kurang senang kaum bukan melayu di mana seakan-akan kaum lain tidak cintakan negara..

mike berkata...

seharusnya kementerian pertahanan perlu membuat kenyataan terperinci akan faktor2 yang menyebabkan kurangnya penglibatan kaum bukan melayu dalam bidang ketenteraan..

mike berkata...

apakah petunjuk bagi mengukur semangat patriotisme seseorang? jika hanya berdasarkan kepada pekerjaan, jadi apakah mereka yang bekerja sebagai pegawai bank, doktor dsbgnya itu tidak patriot? menteri pertahanan tersebut harus lebih bertanggungjawab dengan apa yang dikatakannya lebih2 lagi di dewan rakyat.

Unknown berkata...

Jadi janganlah kaitkan kaum dengan hal ketenteraan. Itu biarkan mereka yang memilih untuk jadi apa yang mereka mahu. Mungkin Tentera bukan bidang yang diminati oleh kaum lain.

nurfatihah berkata...

Bagus mike, memang ada benarnya kata-kata kamu. Hairan juga, adakah mereka yang bekerja sebagai tukang sapu tidak ada semangat patriotik? Adakah hanya tentera saja yang punya semangat tersebut?

Gopuk berkata...

Siapa tahu yang datang interview ada ramai kaum lain tapi yang dipilih adalah orang2 mereka sahaja.

kb girl berkata...

Kenapa kerajaan tidak menimbang membuka peluang kepada bukan Melayu menyertai RAMD?

Unknown berkata...

Sebab bukan Melayu tidak menyertai tentera amat rumit, bukan pasal gaji saja, banyak lagi sebab yang menghalang mereka dari menjadi tentera.

Unknown berkata...

Untuk menyertai atau tidak terpulang pada individu, tidak bermakna kita tidak mencintai tanahair kita Malaysia seperti apa yang dikatakan oleh menteri pertahanan.
Mungkin tiada dari anak beliau yang menyertai tentera.
Sama juga walau kita tidak melekat bendera di kereta semasa hari kemerdekaan, tidak bermakna kita tidak mencintai negara kita.

Unknown berkata...

Tidak dapat dinafikan tentera hampir dimonopoli oleh kaum Melayu menyebabkan salah tabsir bahawa tentera untuk Melayu saja.

captain berkata...

Tentera Malaysia terbuka untuk semua kaum cuma tidak dapat menarik kaum bukan Melayu untuk menyertai tentera.

Unknown berkata...

Keadaan yang tidak sihat tentera dimonopoli satu kaum.
Harap lebih ramai kaum bukan Melayu menyertai tentera.