Isnin, 15 November 2010

SELANGOR KINI


SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengambil langkah drastik mangambil alih semua aktiviti Selangor Fruit Valley (SPV) daripada pengurusan Oil Palm Industries Corporation Sdn Bhd (SOPIC) dan kakitangan syarikat ekoran pengurusan projek tidak memuaskan.

Exco Pembangunan Pertanian, Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaacob Sapari memberitahu tanah seluas 820 daripada 1,000 hektar itu telah diambilalih pengurusannya pada 2 Januari lalu oleh PKPS dalam usaha menjadikan SPV sebagai pusat tanaman yang mengembailkan pulangan yang lebih maksimum.

“Operasi SPV pada masa ini dikendalikan oleh pasukan yang ditempatkan oleh pengurusan yang ditempatkan di dalam ladang dan bukan lagi ‘remote control’ dari Shah Alam”

Tambahnya lagi,penekanan pengurusan baru ini adalah ‘efficiency’ dengan kos pengeluaran yang lebih rendah dan peningkatan tahap pengeluaran.

Ekoran dari itu,PKPS mengambil inisiatif menanam tanaman buah-buahan tempatan seperti durian,manggis dan kelapa pandan dalam usaha meningkatkan variasi tanaman yang ada di SPV

“Tanaman yang tidak ‘viable’ seperti dragon fruit dan kopi digantikan dengan tanaman tembikai.”

“Pada masa yang sama PKPS bercadang mewujudkan Pusat Latihan Pertanian dan Resort bagi mangalakkan pelawat mengunjugi SPV sekaligus menyokong program pelancongan yang dikendalikan oleh Tourism Selangor,” katanya.

Tiada ulasan: