Khamis, 4 November 2010

PRK Galas: PAS perlu 51% undi Melayu


1 Galas Election sprOleh Teoh El Sen

GUA MUSANG: PAS hanya memerlukan lebih sedikit dari 51% undi orang-orang Melayu untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dijadual esok. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dan juga bekas speaker DUN Perak V Sivakumar berkata, perkiraan ini berdasarkan undi Orang Asli dan Cina tidak diambil kira.

"Galas mempunyai seramai 1,889 pengundi dari masyarakat Orang Asli dan 2,317 pengundi Cina. Saya rasa undi-undi tidak boleh diambil kira kerana para pengundi Cina akan mengundi PAS manakala Orang Asli akan mengundi Barisan Nasional." jelas beliau.

Bercakap pada satu sidang media di ibu pejabat DAP di Kampung Baru di sini semalam, Sivakumar yang juga penolong setiausaha DAP Perak berkata, memandangkan fenomena ini maka tumpuan akan beralih kepada para pengundi Melayu.

"Oleh itu PAS perlu mendapat 51% undi Melayu untuk menang, kata Sivakumar yang melahirkan keyakinan bahawa majoriti daripara 185 pengundi India di kawasan itu akan menyokong calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad.

Sementara itu, Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim berkata beliau yakin PAS dapat mengekalkan kerusi itu. Beliau percaya penyokong Cina akan bertambah dan ini akan memberi kelebihan kepada PAS.

Teng berkata, DAP melancarkan kempen mengedar risalah mengenai kekerasan yang digunakan terhadap aktivis-aktivis Gerakan Rakyat Malaysia Untuk Teoh Beng Hock Sabtu lalu.

Masalah tanah akan diatasi

Ketika bersiar-siar di Bandar Lama Gua Musang, exco negeri Kelantan, Anuar Tan Abdullah berkata beliau dapat merasakan bahawa sokongan terhadap PAS akan meningkat.

"Kami dapat merasakannya sejak dari awal lagi, tidak seperti menteri-menteri yang secara tiba-tiba sampai di sini. Kami dapat merasakan sokongan yang ikhlas daripada rakyat ketika berjabat tangan.

"Cara mereka berjabat tangan menunjukkan mereka menghargai tentang bagaimana kami membantu mereka sebelum ini," kata Adun Kota Lama itu, yang diiringi oleh Adun Teja Chang Lih Kang dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

"Sama seperti ubat……jangan salah makan, kita mesti berhati-hati, jangan silap membuang undi," katanya. Kata Anuar, jika PAS menang lagi, beliau akan memastikan masalah tanah dapat diatasi, satu demi satu.

PAS ramal taktik kotor

Dato-Abd-Halim-Abd-Rahman-Pengarah-Pilihanraya-PAS-Pusat_thumbSementara itu, pada satu lagi sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Abdul Halim Abdul Rahman meramalkan bahawa Barisan Nasional akan mengambil sikap ofensif untuk "membeli" pengundi-pengundi Galas.

"Mereka akan menggunakan taktik yang sama mereka gunakan di Manek Urai, iaitu dengan memberi sogokan wang dan barang-barang untuk mendapat undi," katanya.

Beliau berkata Pengarah Pilihan Raya BN dan juga Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan mengarahkan orang-orangnya untuk membuat lawatan rumah ke rumah dan beliau akan melakukan apa saja untuk menang.

"Tapi apa tahap pengaruhnya di Gua Musang sekarang ini? Adakah sama seperti 30 tahun lalu, 20 tahun lalu dan sekarang?" soal Abdul Halim.

Beliau menambah, calon PAS Zulkefli mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding dahulu untuk memenangi pilihan raya esok.

PRK Galas terpaksa di adakan semula berikutan kematian Che Hashim Sulaima, 49, dari PAS akibat barah usus pada 15 September lalu.

Tiada ulasan: