Sabtu, 6 November 2010

PRK Galas, Batu Sapi bukti Pakatan teguh

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

“Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

“Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan,” ujar Presiden PAS itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut kenyataan beliau.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jentera PAS di semua peringkat, ahli-ahli yang membantu daripada segi tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Begitu juga dengan jentera Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang tidak penat membantu dalam keadaan kita berhadapan serangan dahsyat jentera lawan.

Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan.

Apapun pilihan raya ini telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

Namun kita tidak menolak untuk mengkaji segala kelemahan di pihak kita yang perlu diberi perhatian. Semoga ia akan menjadi lonjakan kepada kita bagi berhadapan dengan pilihan raya lebih besar tidak lama lagi.

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat, para penyumbang wang ringgit dan tenaga, pengundi-pengundi yang setia mengundi Pakatan, semoga usaha tuan-tuan akan diberkati Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS.

23 ulasan:

zam berkata...

kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi menunjukkan rakyat di sana memilih dan menyokong BN.

Sanih Alias berkata...

Sudah tewas memang pelbagai isu akan kelaur lagi. Memang kita tahu kekalahan ini patut diterima oleh PR/PAS. Memang susah bila tempat sediri dikalahkan oleh BN. Apa pun kita bersyukur kerana bertanding dengan cara yang aman dan bersih.

Unknown berkata...

Mungkin PR boleh nampak sendiri bahawa BN memang disokong oleh rakyat. Seperti di Batu Sapi dan Galas BN menang majoriti di dua tempat ini. Memang satu yang mengejutkan PR dengan kemenangan BN sehinggakan di Galas pengumuman pemenang calon PAS tidak hadir mungkin malu atau sebaliknya.

Bhatera berkata...

PR teguh, tidak pasti dengan semua ini. Kekalahan didua tempat ini menandakan sesuatu yang buruk kepada PR. Ansari jatuh laut pula salah satu penanda PR jatuh. Memang PKR tidak berpeluang untuk menang jika masih berfikiran sekarang yang hanya tahu mencari kesalahan parti lain dan bukan masalah rakyat.

Anak Sabah berkata...

PAS sepatutnya berusaha lagi.

mandau berkata...

BN telah menang dalam kedua-dua piliharaya umum Galas dan Batu Sapi. ini menunjukkan bahawa BN semkin kukuh. pihak yang kalah harus berusaha lagi.

Mei berkata...

Kemenangan BN dalam pilihan kecil di Galas dan Batu Sapi membuktikan BN tetap pilihan orang ramai.

Mei berkata...

Apa2x pun, PRK masih ada harapan dalam PRU13 nanti. Oleh itu, teruskan usaha kamu.

nickko berkata...

PR sememangnya lemah.. PAS cuba menyembunyikan kelemahan mereka dengan mempertikaikan kemenangan dipihak BN. kenapa sebelum ini PAS berjaya memperolehi Galas? kenapa PRK kali ini tidak? ini bermakna rakyat sudah hilang kepercayaa kepada PAS/PR. bukan seperti tuduhan yang dilemparkan PAS..

nickko berkata...

"..berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan."

tidak mustahil, Pakatan juga melakukan perkara yang sama sepanjang kerja2 kempen berlangsung.. terimalah kekalahan dan akui kelemahan..

nickko berkata...

tidak ada apa2 peristiwa yang boleh membuktikan Pakatan teguh. rakyat melihat sendiri kelemahan dan kepincangan PR serta komponen2 partinya. tidak perlu memuji diri sendiri kerana realiti yang telah disaksikan oleh rakyat cukup untuk menjelaskan sejauhmana teguhnya Pakatan.

madd berkata...

kemengan BN di kedua-dua PRK bukti rakyat di kawasan tersebut menyokong BN.

Tanpa Nama berkata...

terima ja keputusan piliharaya ini, ini adalah keputusan rkyat.

Antanum berkata...

Bagi saya kita jangan salahkan pihak lawan ataupun penduduk yang mengundi. Lihat dan kaji, apa sebenarnya yang berlaku di dalam parti kita sendiri. Perbaiki mana2 yang tidak betul dan cuba sedaya upaya untuk rakyat.

mike berkata...

yang pasti BN telah menjadi pilihan pengundi di kedua PRK kerana hanya kerajaan sahaja yang mampu memberikan apa yang rakyat mahukan iaitu perubahan.

mike berkata...

kekalahan pembangkang terutama di galas menunjukkan bahawa rakyat sudah bosan dengan karenah pembangkang yang menabur janji kosong..atas kesedaran bahawa BN tulus untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, pengundi galas memihak kepada BN..

mike berkata...

diharap BN akan terus kukuh dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Paquin berkata...

PRK dah lepas dan keputusan telah diketahui, jadi terimalah seadanya k :)

Paquin berkata...

Setuju Zam. Kemenangan BN ni memang bukti rakyat masih memberi sokongan penuh terhadap mereka.

Paquin berkata...

hahaha, betul shazla... Ada ja isu yang keluar walaupun PRK da tamat:P

Paquin berkata...

Semoga BN tidak mengecewakan rakyat. Pastikan kemenangan yang diperolehi dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu rakyat.

Paquin berkata...

Apapun, sama2 lah kita harapakan yang terbaik hasil daripada kemenangan BN ini :)

Gopuk berkata...

Rakyat yang berkuasa untuk menentukan wakil mereka, yang mana mendapat lebih banyak kepercayaan dari rakyat maka itu la yang akan menjadi wakil mereka...