Khamis, 4 November 2010

PRK Batu Sapi: "Saya calon dipilih" – Ansari


ansariOleh Charlie Rudai

SANDAKAN: Ansari Abdullah, calon PKR pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Batu Sapi, melihat dirinya sebagai "yang dipilih" untuk membela nasib buruk rakyat di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Tuhan telah memilih saya sebagai satu manifestasi terhadap ketidakcekapan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan," katanya pada satu sidang media di sini semalam.

Ansari berkata, jatuh dari jeti dan buatan kayu tempat pejalan kaki ketika menjalankan kempen merupakan cara Tuhan memberi contoh yang jelas bahawa kerajaan negeri tidak pandai mengurus prasarana yang paling asas.

Beliau juga mengkritik kemudahan perubatan dan staf hospital "Duchess of Kent" yang tidak mahir kerana gagal mengesan keretakan di tulang rusuk dan bahunya yang terselioh.

Beliau berkata, hanya seorang doktor perubatan Cina yang dapat mengesan kecederaan yang beliau alami manakala pegawai perubatan yang memeriksa X-ray beliau di hospital Jumaat lalu gagal mengesannya.

Oleh kerana kekurangan kemudahan scan CAT beliau berkata, beliau terpaksa menjalani X-ray kali kedua yang mendedahkan bahawa terdapat keretakan pada dua tulang rusuknya.

Terus berkempen walaupun cedera

Walaupun demikian, kecederaan yang dialami sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkempen bagi menghadapi PRK esok. Kem PKR mendakwa parti itu hanya ketinggalan di belakang BN dalam perlumbaan peringkat akhir bagi merebut kerusi itu.

Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata, mereka yakin PKR telah memintas Parti Progresif Sabah (SAPP) dari keseluruhan sokongan daripada seramai 25,000 pengundi sebelum hari mengundi esok.

Para pengundi Batu Sapi tidak rugi jika memilih Pakatan Rakyat kerana kehadiran pembangkang akan membawa kepada perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat," katanya.

"Kesedaran di kalangan masyarakat Cina mula timbul dan kami semakin mendapat tempat di hati para pengundi Bumiputera," katanya di pusat operasi PKR.

Katanya, parti pembangkang sekarang prihatin dengan tindakan BN memberi "habuan" pilihan raya untuk mengambil hati para pengundi.

Beliau berkata beliau terperanjat Umno dan BN berjaya mempengaruhi rakyat miskin di Sabah dengan meminta "habuan" daripada ahli-ahli politik sebagai ganti kepada undi mereka.

"Rakyat datang kepada kami dengan senarai 200 orang malahan 2,000 orang dan menyoal apa yang boleh kami berikan kepada mereka.

"Mereka menunggu untuk melihat siapa yang memberi insentif terlebih dahulu, mereka kata, "tengoklah berapa mau bagi". Inilah apa yang diajar oleh Umno dan BN," katanya.

Kemiskinan tegar

Fuziah juga membidas wakil-wakil rakyat BN yang membiarkan rakyat Sabah, termasuk di Batu Sapi yang hidup dalam kemiskinan tegar dalam tempuh beberapa dekad yang lalu.

"Mereka begitu miskin, apabila kami beri pen dan kertas kepada anak-anak mereka, mereka mengggengam erat pen dan kertas itu, kerana mereka tidak memiliki apa-apa.

Saya bimbang rakyat Sabah akan dijadikan tebusan dengan pemberian "habuan" yang kecil ini, yang kami jangka dilakukan oleh BN dalam tempuh 48 jam ini.

Fuziah juga menolak khabar-khabar angin bahawa PKR akan menarik diri dari pertandingan di Batu Sapi pada saat-saat akhir, dan menyatakan ini helah BN untuk mengelirukan para pengundi.

"Geraf menunjukkan kedudukan kita (PKR) semakin meningkat manakala Perdana Menteri diserang penyakit cacar……beliau tidak boleh menggunakan taktik yang sama seperti di Hulu Selangor dan Sibu, maka mereka terpaksa beralih kepada taktik kotor yang lain.

"PKR merupakan suarat rakyat dan kami tidak akan meninggalkan "medan peperangan." Kami memberitahu penduduk Batu Sapi bahawa kami akan berada di sini sehingga akhir," tambahnya.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rakyat pasti tahu siapa yang ingin membantu mereka dan siapa yang hanya pandai bercakap sahaja. tunggu dan lihat saja keputusannya nanti.

Hamdan Hadillah berkata...

Bukan Tuhan yang pilih kamu Ansari, tapi Anwar mencalonkannya kerana tidak ada pilihan lain. Tapi kemenang adakah itu rakyat yang tentukan??

Sanih Alias berkata...

Jadi macammana dengan YTL calon yang terpilih juga untuk membela rakyat, BN juga Datin Linda yang terpilih untuk bela nasib rakyat juga. Adakah mereka ini pilihan Tuhan juga??Jadi Ansari janganlah fikir kemenangan itu adalah mudah. Kita mesti juga berusaha jika mahu mencapai sesuatu kejayaan.

mantra berkata...

kita lihat saha keputusan pilihanraya ini samada benar Ansari menjadi pilihan rakyat atau tidak.

Unknown berkata...

"Tuhan telah memilih saya sebagai satu manifestasi terhadap ketidakcekapan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan,"

Bukan Tuhan yang memilih kau Ansari tetapi Anwar!

Unknown berkata...

Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja siapa yang akan menang kerana ia terpulang kepada pengundi untuk memilih calon yang paling sesuai untuk Batu Sapi.

Unknown berkata...

"Ansari berkata, jatuh dari jeti dan buatan kayu tempat pejalan kaki ketika menjalankan kempen merupakan cara Tuhan memberi contoh yang jelas bahawa kerajaan negeri tidak pandai mengurus prasarana yang paling asas. "
Belum tentu lagi kalau itu petanda dari Tuhan. Mungkin juga ada orang sengaja "sabotage" tempat pejalan kaki dan jeti itu.Tapi entah lah. Tuhan sahaja yang tahu.

Anak Sabah berkata...

Apalah ni, Ansari. Bukan tuhan yang memilih kamulah. Siapa yang mencalonkan anda itu pun boleh lupa.

Anak Sabah berkata...

Kesian Anwar, lembu punya susu, sapi yang dapat nama.

Unknown berkata...

yap.. dipilih untuk kalah dalam PRK Batu Sapi.. inilah manusia, diri sendiri jatuh salahkan orang lain. kalau begini, semua kemalangan2 yang berlaku dinegeri2 pakatan adalah juga disebabkan oleh parti komponen pakatan.

Unknown berkata...

mungkin disebabkan Linda mempunyai kelebihan undi simpati, maka PKR juga mahu kelebihan yang sama.. dan hasilnya Ansari jatuh 2 kali ke laut..

Tanpa Nama berkata...

jika dibanding Ansari dgn linda dan Yong, rkyat takkan memilih Ansari.

samm berkata...

Ansari janglah terlalu yakin..rata-rata berpendapat calon BN mempunyai peluang untuk menang. sama-samalah kita tunggu saipa yang akan menjadi pilihan rakyat.

maya berkata...

Ansari dipilih calon PKR atas persetujuan parti komponen PR. mestilah semua pemimpin ingin membela nasib rakyat apabila menang pada pilihan raya ini. Harap para pemimpin janganlah lupa dan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai Wakil Rakyat setelah menang bertanding, dan janganlah hanya 1-2 kampung saja yang mendapat pelbagai bantuan tetapi seluruh kawasan DUN batu sapi perlu dijadikan keutamaan.

maya berkata...

Ketidakcekapan pihak hospital Duchess of Kent semasa membuat pemeriksaan terhadap kecederaan yang dialami bukannya kesalahan BN. ini mungkin disebabkan kecuaian pihak hospital (pelatih) dan kesilapan2 ini biasanya berlaku bukan di hospital sandakan sahaja tetapi di hospital2 lain turut berlaku.

maya berkata...

Jatuh 2 kali kelaut menandakan inilah kali pertama pemimpin turun padang dalam tempoh beberapa tahun dan tidak tahu pun permasalahan rakyat.

Antanum berkata...

Jika beliau sudah berpendapat demikian, kita xboleh berbuat apa2 kerana beliau mempunyai hak itu. Tapi biarlah rakyat yang menilai.

Paquin berkata...

Layan ja la perangai si Ansari ni.. Yang pasti Bn da menang. hahhaha

Paquin berkata...

Syukur jugalah pilihan raya berjalan lancar walaupun ada desas desus yang kurang enak didengar... Apapun Taniah pada BN kerana berjaya pertahankan kedudukan.

Gopuk berkata...

Yang penting rakyat sudah memilih siapa yang menjadi wakil mereka. Selamat maju Jaya.!