Rabu, 10 November 2010

‘Posting’ 52 graduan di Sabah ditarik balik

Harakahdaily

TANJONG MALIM: Seramai 52 graduan pendidikan yang telah mendapat surat penempatan di Sabah beberapa hari lepas telah ditarik balik ‘posting’ mereka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atas beberapa sebab tertentu, lapor Upsikini.

Bagi mengesahkan maklumat tersebut, mediawan Upsikini telah menghubungi Bahagian Penempatan KPM bagi mendapatkan beberapa respons berhubung hal berkenaan.

Menurut pegawai yang dihubungi, penempatan mereka terpaksa ditarik balik setelah mendapat maklumat bahawa berlakunya lebihan opsyen di Sabah.

Beliau turut menyifatkan graduan tersebut telah pun dimaklumkan menerusi panggilan telefon mengenai pembatalan ‘posting’ mereka dan keputusan penempatan baru akan dimaklumkan pada 15 November ini.

Manakala, berkenaan bilakah tarikh penempatan mereka masih belum diketahui.

Dalam pada itu, rata-rata graduan pendidikan yang telah mendapat surat makluman penempatan di Sarawak semalam turut menyatakan kerisauan mereka berhubung kes berkenaan.

Manakala mereka yang belum mendapat keputusan penempatan masih lagi menunggu yang dijangka keluar pada 15 November ini.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg menyedikan bila penempatan ditarik balik, apapun harap tarikh penempatan yang baru akan dilakukan secepat mungkin.

Tanpa Nama berkata...

penempatan mereka terpaksa ditarik balik kerana berlakunya lebihan opsyen di Sabah. apa pun mereka akan mendapat penempatan baru juga nanti.

Bujang Senang berkata...

Jangan risau kepada tenaga pengajar. Pekerjaan tetap akan dapat juga nanti.

Hosie Masie berkata...

Penempatan sentiasa ada untuk para pelajar perguruan ini. janga risau dengan semua itu.lbu

Sanih Alias berkata...

Jangan risau dengan penempatan, tetap akan ada penempatan juga nanti untuk graduan yang akan posting. Tunggu sahaja keputusan penempatan dari KPM.

jsiput berkata...

"Seramai 52 graduan pendidikan yang telah mendapat surat penempatan di Sabah beberapa hari lepas telah ditarik balik ‘posting’ mereka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atas beberapa sebab tertentu"

Graduan pendidikan tersebut berhak diberi penjelasan kenapa posting mereka ditarik balik.

mike berkata...

tidak perlu bimbang kerana tetap akan ada penempatan bagi mereka..

mike berkata...

apa pun, diharap perkara ini akan diselesaikan sebaik-baiknya..

Paquin berkata...

Kesian kena tarik balik. Tapi apa boleh buatlah, saya yakin penemapatan yang baru akan dibuat dalam masa terdekat.

Paquin berkata...

Harap graduan dapat bersabar ya. Saya yakin hal ni pasti ditanggani dengan baik.

Paquin berkata...

ya shazla. Tunggu ja penempatan tu kerana yang pasti penempatan tetap ada.

Paquin berkata...

Betul Jacinta. hal ni perlu diperjelaskan agar tidak menimbulkan salah faham di kemudian hari.

Paquin berkata...

Semoga hal ni tak dipolitikkan. Nanti tak pasal2 karau pula kejadiannya. hehe

Anak Sabah berkata...

Diharapkan penjelasan yang baik akan dibuat dan isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Tanpa Nama berkata...

terimalah walau dimana jua penempatan yang diberikan oleh kementerian. jangan terlalu demand buat masa ini kerana tetap akan ada masanya untuk anda berkhidmat di negeri masing2.

Tanpa Nama berkata...

yang penting tidak ada graduan yang menganggur..

onong berkata...

Kenapa pula nak tarik balik?

chimchim berkata...

There must be an official announcement on this matter. Don't they?

Velove berkata...

Ini amat mendukacitakan.

elia berkata...

Bagaiamana perkara ini boleh berlaku? Adakah sistem yang lemah ataupun orang2 yang menguruskan semuanya ini, yang bermasalah?

dollie berkata...

There must be an initial idea on putting them back here. Is it so hard to do so?

onong berkata...

Datuk Masidi, bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini?