Sabtu, 27 November 2010

Pokok tumbang atas landasan utama KL-Monorel

SELANGOR KINI

gambar hiasan

KUALA LUMPUR– Sejumlah 20,000 penumpang mengalami kelewatan apabila perkhidmatan KL Monorel terganggu antara 6.25 petang dan 9.31 malam, berikutan sebatang pokok tumbang di atas landasan utama di depan Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, semalam.

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini berkata, kejadian itu menyebabkan gangguan perkhidmatan kerana tren terpaksa dihentikan dan tidak boleh bergerak di kedua-dua hala di atas landasan utama.

“Bomba telah dipanggil secepat mungkin untuk mengalihkan pokok yang tumbang daripada landasan, dan dalam tempoh gangguan, beberapa tren shuttle dihantar untuk beroperasi dari stesen Hang Tuah ke stesen Sentral KL,” katanya.

Bagaimanapun, operasi perkhidmatan KL Monorel disambung semula pada 9.31 malam tadi.

SPNB memohon maaf bagi sebarang kesulitan yang dialami akibat gangguan tersebut.


Tiada ulasan: