Jumaat, 19 November 2010

PKR tak pernah lantik Zaid penyelaras, kata Anwar

BERNAMA

BUTTERWORTH – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim tidak pernah dilantik sebagai penyelaras parti itu.

“Jika dia mendakwa memegang jawatan itu, itu soal lain, saya tidak mahu berbalah dengannya dalam soal ini (kerana) sehingga hari ini semua mesyuarat parti masih lagi dipengerusikan oleh saya sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban di Masjid Tok Kun di Permatang Pauh di sini hari ini.

Anwar berkata PKR sudah berulang kali menjelaskan mengenai perkara tetapi media masih menggunakannya.

“Dia juga menggunakan rakan-rakan medianya untuk mempromosikan dirinya sebagai penyelaras PKR tetapi sebulan yang lepas apabila Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, membuat semakan, tiada lantikan jawatan itu kepadanya,” kata Anwar.

Tiada ulasan: