Sabtu, 13 November 2010

PENDUDUK CABAR JABATAN HUTAN BERDEBAT

TERTUDUH…Enam tertuduh dan Peguam mereka masih berbincang meskipun penghakiman telah dibuat.

Oleh: MAIL MATHEW

PENDUDUK Kg Emahit yang dituduh secara melulu menceroboh kawasan Hutan Simpan Kuala Tomani, Tenom masih belum berpuas hati terhadap keputusan yang telah mereka terima, meskipun ia dilihat agak tidak membebankan keenam-enam tertuduh; Andawan Ansapi, Barani Ambisi, Ansanam @ Azman bin Yapau, Johndy Kawar, Stanely Boyor dan Sarim Arus.

Mereka (tertuduh) tidak sedikit pun menyesali hukuman yang dilaksanakan Majistret malah mereka menganggap hukuman itu setimpal dengan apa yang terkandung di dalam Enakmen Hutan 1968 dan perlu dihormati.

Sebaliknya yang menjadi kekesalan penduduk ialah Enakmen Hutan Simpan yang sudah lapuk dan tidak relevan lagi untuk menggazetkan Hutan Simpan Kuala Tomani dalam situasi sekarang yang sudah botak berpuluh tahun lalu dan terletak di kawasan ‘tanah adat’ penduduk kampung di situ sejak turun temurun lagi.

Jurucakap penduduk Peter @ Phillip Lonok mencabar kerajaan khususnya Jabatan Perhutanan turun padang berdialog dengan penduduk kampung untuk menjelaskan rasional penggazetan kawasan Hutan Simpan Kuala Tomani yang sudah botak dan berada di tengah-tengah tanah adat penduduk kampung.

Jika mereka (Jabatan Hutan) gagal menyahut cabaran penduduk kampung bermakna mereka sengaja melakukan penganiayaan secara terbuka dan mencabul hak asasi manusia sedangkan hak mereka dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Kami juga ada maruah dan ada hak untuk mempertahankan tanah adat kami daripada dicerobohi oleh sesiapa yang tidak berhak. Sebelum kerajaan menggazetkan tanah hutan simpan, kami sudah menduduki kawasan hutan sejak nenek moyang lagi untuk bertani, memburu dan mengumpul damar untuk dibuat minyak. Jadi, kenapa persoalan ini Jabatan Perhutanan tidak mengambil pertimbangan,” tegas Peter Lonok.

KECEWA…. Peter Lonok (kiri) bersama penduduk di luar Mahkamah meluahkan rasa kesal tindakan Jabatan perhutanan.

Lonok seterusnya merasa kesal kerana masalah tanah adat dan juga kedudukan Hutan Simpan yang sudah botak berpuluh tahun lalu tidak diambil perhatian serius oleh dua Wakil Rakyat khususnya di Parlimen dan DUN, yang sepatutnya menjadikan isu tersebut sebagai fokus utama untuk membantu rakyat jelata.

Dalam perbicaraan itu yang berlangsung sejak tahun 2009, hari ini (Jumaat) telah mencatat satu sejarah hitam bagi keenam-enam tertuduh apabila mereka dijatuhi hukuman denda RM1,000 setiap seorang atas tuduhan meceroboh kawasan Hutan Simpan selaras dengan Seksyen 20(1) (C) (1), Enakmen Hutan 1968.

Mereka menyifatkan denda itu terlalu berat bagi mereka sebagai petani yang berteraskan penghidupan seharian, ibarat ‘Kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu ada makan’. Kesalahan itu berlaku di kawasan tanah tumpah darah atau lebih jelas lagi tanah tempat menanam tembuni mereka sendiri.

21 ulasan:

Unknown berkata...

Perdebatan itu tidak penting sangat dalam menyelesaikan masalah. Tapi perbincangan semua pihak itu perlu untuk menangani masalah ini. Jabatan hutan perlu memberikan penjelasan supaya penduduk tidak tertanya-tanya lagi.

Tanpa Nama berkata...

selesaikan hal ini dgn baik.

zam berkata...

rasanya adalah lebih baik jika pihak-pihak yang terlibat melakukan perbincangan. ini bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dalam hal ini.

zam berkata...

kepentingan semua pihak perlulah dijaga. harap pekara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Tanpa Nama berkata...

dalam usaha memperbaiki taraf hidup penduduk di Sabah, sebarang tindakan yang boleh menyekat aktiviti ekonomi mereka tidak patut berlaku malah mereka sepatutnya dibantu atau diberikan galakan. dalam hal ini penduduk kampung tidak bersalah memandangkan mereka telah lama meneroka dan menetap dikawasan berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

jika Jabatan Hutan rasa tindakan mereka tepat, jangan takut berdialog dengan penduduk. penduduk mempunyai hak mempertahankan hak mereka dan jangan sesekali meremehkan rakyat kerana mereka tahu dimana kedudukan mereka. sepatutnya masalah ini diselesaikan dengan mengambilkira kepentingan penduduk kampung yang terjejas.. apa2pun saya harap ada penyelesaian selepas ini yang boleh memuaskan kedua2 pihak yang terlibat.

Paquin berkata...

Buatlah apa yang dirasakan perlu utk menanggani hal ni. Cuma jangan terlebih, nanti lain pula kejadiannya. hehehe

Paquin berkata...

Kesian juga ba orang kampung ni. huhuh
Harap2 Jabatan Hutan bagi kerjasama bagi mengurangkan ketegangan yg berlaku.

Paquin berkata...

Ya rebirth. Para penduduk berhak mempertahankan hak mereka. Jika mahu hal ni selesai segera, bagi lah kerjasama.

Paquin berkata...

Tetapi bagi saya sendiri, Jabatab Hutan sepatutnya tampil bagi penjelasan tanpa dipinta. Mungkin ada kekeliruan yang berlaku sehingga menyebabkan hal ni masih lagi berlanjutan...

Paquin berkata...

Jadi secara tak langsung persefahaman yang timbul akan memudahkan lagi hal ni diselesaikan.

Unknown berkata...

Adakah dengan cara berdebat, masalah ini dapat diselesaikan?

Unknown berkata...

Kalau boleh, sila selesaikan masalah ini dengan baik. Tidak payahlah berdebat.

joey berkata...

pekara ini perlu diselesaikan dengan cara baik. sebaiknya lakukanlah perbincangan.

Unknown berkata...

“Kami juga ada maruah dan ada hak untuk mempertahankan tanah adat kami daripada dicerobohi oleh sesiapa yang tidak berhak. "

Pada pendapat saya, mereka berhak memberi suara mereka tentang masalah ini. Diharapkan jabatan perhutanan menyahut cabaran mereka.

onong berkata...

Memang berdebat adalah sesuatu yang amat baik. Cara ini dapat memudahkan penduduk mencari punca sebenar.

chimchim berkata...

Discussions are more prudent.

elia berkata...

Jika tidak ingin berdebat, bawa2 la berbincang.

Velove berkata...

Sesungguhnya jalan penyelesaian bagi isu ini adalah perbincangan di meja bulat. Nyatakan segala permasalahan. Hati yang tenang ialah kunci kepda jawapan.

Anak Sabah berkata...

Saya berharap perkara ini akan mendapat kesudahan yang baik.

Anak Sabah berkata...

Saya juga menyokong tindakan penduduk yang berani mempertahankan hak diri. Kita tidak akan terus dibuli.