Jumaat, 19 November 2010

PBRS GESA LESTARIKAN JAMBATAN BUM BUM!

Oleh: ROZIE JUMAT

RAKYAT di kawasan Pulau Bum Bum, Semporna merayu kepada kerajaan pusat untuk meneruskan perancangan pembinaan jambatan dari tanah besar ke pulau tersebut yang telah diluluskan untuk dilaksana oleh mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) P189 Silam, Mohd Seh Hj Abdul Lirih, 53, berkata jambatan tersebut sangat diperlukan oleh penduduk di kawasan itu, kerana ia boleh menjana ekonomi sosio penduduk di kawasan yang terkenal dengan syurga menyelam dasar laut.

“Bagi pihak penduduk di kawasan luar bandar ini, kita merayu kerajaan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri agar memberi perhatian terhadap rancangan pembinaan jambatan yang telah dibatalkan ini kerana penduduk di sini amat memerlukannya,” kata Mohd Seh.

Jambatan sejauh dua kilometer itu telah dicadangkan pada tahun 2005 dan telah diluluskan serta diumumkan oleh Mantan Perdana Menteri yang telah berkunjung ke Pulau Bum Bum sebanyak dua kali sebelum ini.

Rakyat di kawasan itu kata Mohd Seh, mahu perancangan pembinaan jambatan itu diteruskan, kerana ianya sangat penting bagi mereka.

“Tidak benar sama sekali tanggapan bahawa pembinaan jambatan itu tidak memberi pulangan kepada kerajaan, kita sangat berkeyakinan dengan adanya jambatan itu akan mengubah ekonomi rakyat di kawasan ini,” kata Mohd Seh.

Sehubungan dengan itu kata Mohd Seh, Pulau Bum Bum yang terletak di DUN Senalang dalam kawasan Parlimen Semporna, mampu menyajikan pendapatan kepada kerajaan terutamanya dalam sektor pelancongan.

“Kita sangat berkeyakinan dengan keperihatinan dan kepimpinan Ahli Parlimen Semporna, jambatan yang diidam-idamkan masyarakat di sini dapat direalisasikan,” katanya.

Namun Mohd She kesal kerana rakyat terus menunggu pembinaan jambatan tersebut meskipun lima tahun telah berlalu dan mengharapkan agar kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap penantian 20,000 orang penduduk di pulau tersebut.

Sebelum ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal pernah berkata bahawa kerajaan akan meneruskan rancangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Semporna dengan Pulau Bum-Bum apabila keadaan ekonomi negara pulih dalam satu program Mesra Rakyat di Kampung Terusan, Pulau Bum Bum baru-baru ini.

Ketika itu kata Shafie, keadaan kemelesetan ekonomi sekarang menyebabkan projek jambatan berkenaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu namun beliau menyerahkan kepada agensi berkaitan, termasuk Jabatan Kerja Raya untuk menilai semula kos semasa pembinaan jambatan berkenaan.

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erajaan pusat harus meneruskan perancangan pembinaan jambatan dari tanah besar ke pulau Bum Bum. penduduk setempat amat memerlukan jambatan tersebut.

azman berkata...

diharapkan rancangan untuk membina jambatan tersebut akan diteruskan. ini bagi memberikan kemudahan kepada penduduk.

azman berkata...

jambatan tersebut amat diperlukan bukan saja sebagai kemudahan kepada penduduk malah boleh membantu menjana ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan teleh menjanjikan akan membina jambatan tersebut. namun hingga kini ia belum dilaksanakan. janji haruslah ditunaikan, rakyat amat mengharapkan jambatan tersebut dibina.

songkilou berkata...

Apa yang berlaku kena ada penyelasan agar tidak ada pihak yang cuba untuk memutarkan fakta sedia ada. Kepada yang bertanggungjawab, silalah menjalankan tugas anda sebelum ada pihak yang menjadikan ini isu.

Logop berkata...

Diharapkan kerajaan akan teruskan dengan perancangan pembinaan jambatan untuk kegunaan penduduk di kawasan itu. Sila utamakan permintaan rakyat!

Logop berkata...

Lagipun, kerajaan pun dah berjanji kepada rakyat. Oleh itu, adalah penting untuk kerajaan membina jambatan tersebut supaya penduduk tidak hilang kepercayaan mereka terhadap kerajaan.

onong berkata...

Ini adalah soal kerajaan pusat. Jadi saya fikir kerajaan negeri tiada kuasa untuk menentukannya.

Unknown berkata...

Semoga impian mereka mahukan jambatan akan tercapai.

nickko berkata...

apa sahaja yang dituntut oleh rakyat lebih2 lagi jika tuntutan itu bakal membawa manfaat yang besar kepada rakyat, negeri dan negara, wajar diberikan perhatian.

nickko berkata...

jika rancangan pembinaan jambatan ke Pulau Bum Bum berjaya dilaksanakan, pasti timbul isu atau desakan untuk membina jambatan ke Labuan. walau ianya merupakan tugas berat kepada kerajaan, sepatutnya kerajaan tidak mempunyai masalah memandangkan kedua2 jambatan tersebut telah pernah diluluskan cadangan pembinaannya.

nickko berkata...

saya harap kerajaan dapat memenuhi permintaan tersebut selaras dengan usaha kerajaan membangunkan negeri Sabah dengan menggalakkan serta melancarkan perjalanan aktiviti ekonomi di negeri ini..

Ezef berkata...

Najb will be the best candidate to talk about this matter.

Velove berkata...

PBRS harus mengemukakan usul kepada mereka.Jika tidak, sampai bila2 pun jambatan tersebut tidak akan dibina.

mike berkata...

menurut ahli parlimen semporna, projek jamnbatan tersebut ditangguhkan untuk dinilai semula berikutan kemelesetan ekonomi..mungkin ada baiknya jika penilaian semula dilakukan bergantung kepada keadaan semasa baik secara domestik atau global..

mike berkata...

rakyat di pulau bum2 amat berharap agar projek tersebut diteruskan agar dapat membantu meningkatkan sosioekonomi mereka selaras dengan misi kerajaan untuk membasmi kemiskinan..harus diambil kira juga harapan mereka ini selaras dengan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

mike berkata...

terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan untuk menentukan sama ada diteruskan atau tidak...namun semua keputusan yang dibuat adalah bergantung kepada keadaan semasa..mungkin jika ekonomi pulih kembali, maka akan dilaksanakan juga projek ini..

kb girl berkata...

Kemudahan asas harus disediakan oleh Kerajaan.

Unknown berkata...

Jambatan dapat meningkatkan pembangunan kawasan tersebut, jangan berlengah lagi.

Unknown berkata...

jambatan itu amat diperlukan penduduk tempatan, rakyat diutamakan.

Unknown berkata...

20,000 orang penduduk sana sedang menanti-nantikan persetujuan dari kerajaan.

captain berkata...

Ramai juga penduduk Pulau Bum Bum,luar sangkaan.

Unknown berkata...

Jika Jambatan dibina menyambung Pulau Bum Bum dengan tanah besar, secara langsung pembangunan pesat di pulau itu dapat dijangkakan.

Paquin berkata...

Perkara yang telah dirancang dan dimaklumakn pada rakyat haruslah diteruskan. Jangan hampakan harapan rakyat pula.

Paquin berkata...

Setuju azman. Banyak manfaat hasil daripada kejayaan pelaksanaan jambatan ni. Jadi teruskanlah perancangannya.

Paquin berkata...

Ya songkilou. Jangan tunggu samapai hal ni dipolitikkan baru mahu ambil tindakan. Sebelum keadaan jadi keruh, buatlah apa yang patut.

Paquin berkata...

Sokong nickko. Asalakan permintaan tu adalah untuk kebaikan rakyat, berilah perhatian yg sewajarnya.

Paquin berkata...

Semoga hal ni ditanggani dgn baik :)

Anak Sabah berkata...

Apa-apa pun, jambatan ini amat diperlukan oleh penduduk di Bum Bum. Jika projek ini dah diluluskan, tolong pastikan ia berjalan seperti dirancangkan.