Isnin, 15 November 2010

PAS Selangor pula pelawa Umno negeri sertai Pakatan

KUALA LUMPUR – PAS Selangor pula mempelawa Umno negeri menyertai parti tersebut daripada terus mengajak agar komponen Pakatan Rakyat itu menjalin kerjasama dengannya bagi memperkukuhkan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Ghazali membuat pelawaan ini menjawab pendirian Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang terus mengajak PAS agar menyertai BN dan meninggalkan Pakatan Rakyat.

“Ahli-ahli Umno dan pimpinan Umno meninggalkan wadah perjuangan mereka yang usang itu dan bersama PAS dalam mengejar cita-cita perubahan dan kebaikan buat umat,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Arus perubahan ini, syaratnya mereka perlu bersama PAS dan Pakatan Rakyat,” jelas Roslan.

Ekoran itu, Roslan menganggap pelawaan Ahmad itu sebagai sesuatu yang janggal bagi PAS negeri.

“PAS Selangor merasakan janggal apabila Datuk Ahmad mempelawa PAS menyertai BN dan meninggalkan Pakatan Rakyat,” jelas Roslan.

Dalam pada itu, Roslan berkata Umno negeri sepatutnya menyertai Pakatan Rakyat sekiranya pemimpin serta akar umbi parti itu ikhlas memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.

“PAS Selangor menawarkan agar ahli-ahli Umno termasuk pimpinan mereka berfikir semasak-masanya dan menginsafi bahawa untuk maju ke hadapan PAS lah alternatif terbaik untuk mereka.

“Inilah masanya demi memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negera,” kata beliau yang merujuk kepada seruan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya PAS menggantikan Umno pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Tambah Roslan, Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali telah pun menggerakkan jentera pilihan raya parti agar saki baki kerusi Umno di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu berupaya diganti oleh wakil rakyat PAS kelak.

13 ulasan:

Unknown berkata...

Apa yang istemewa dengan Pakatan sehinggakan mengajak UMNO menyertai mereka. Saya rasa tidak perlulah UMNO mahu mengikuti PAS, memang PAS selangor sekarang gentar dengan UMNO/BN oleh itu mereka berbuat demikian.

madd berkata...

PAS Selangor mempelawa Umno negeri sertai Pakatan....mengapa tidak PAS Selangor yang menyertai UMNO/BN?

nickko berkata...

huhu.. kadang2 ada lawaknya juga politik di Malaysia. umno mempelawa PAS dan PAS mempelawa umno, tapi sebenarnya masing2 tidak mahu. bukankah perjuangan asal adalah mempelawa rakyat untuk menyokong mereka? isu remeh seperti ini tidak patut dimainkan dimana2 media..

nickko berkata...

PAS perlu sedar kedudukan mereka dalam Pakatan. tidak mungkin DAP akan memberikan laluan kepada PAS untuk menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia. dan PKR juga akan menghadkan peluang PAS untuk melebarkan sayap mereka diseluruh negara sepertimana yang berlaku di Batu Sapi dimana PKR tidak membenarkan PAS bertanding dikawasan tersebut.

mandau berkata...

UMNO dan PAS saling mengajak untuk meyertasi satu sama lain. UMNO dan PAS ini sebenarnya jika bersatu boleh mengukuhkan lagi kekuatan orang Melayu.

Antanum berkata...

Itu terpulangla kalau nak ikut xda salah tapi orang akan naik heran la jika umno sertai pakatan...

Anak Sabah berkata...

Saya rasa tak mungkin Umno akan menerima pengajakan daripada PAS.

Tanpa Nama berkata...

PAS dan UMNO ni sebenarnya lebih sesuai bekerjasama. tak usah nak saing bersaing.

samm berkata...

lebih baik jika PAS yang masuk BN dan bukannya mengajak UMNO masuk pakatan. apa pun terpulanglah kepada masing-masing...

mike berkata...

macam2 karenah politik..contohnya seperti ini..

mike berkata...

tidak perlu UMNO menyertai PAS dan PR..UMNO sekarang juga kuat..dengan pengalaman pentadbiran negara sejak merdeka, BN ternyata sebuah kerajaan yang kuat..

Paquin berkata...

Ya mike.. ada ja yang timbul kan. hehe

Paquin berkata...

Apapun saya harap semua parti politik di Mlaaysia dapat bekerjasama utk pastikan negara terus membangun dan kebajikan rakyat pula terjaga.