Isnin, 15 November 2010

Nurul Izzah dahului saingan naib presiden PKR

PETALING JAYA – Nurul Izzah Anwar terus mendahului saingan jawatan naib presiden PKR dengan mengumpulkan 11,042 undi daripada 165 cabang setakat ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendahului senarai empat teratas bagi jawatan tersebut yang turut diekori Pengarah Strategi PKR Tian Chua dengan 9,524 undi, Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh dengan 7,878 undi dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman dengan 7,448.

Turut bersaing dalam jawatan naib presiden adalah Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan (5,288), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar (4,840), Yahya Sahri (4,781), Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah (4,690), Ansari Abdullah (3,971), Baru Bian (3,900), Suresh Kumar Ramachandran (3,232), Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff (2,190), James Ghani (2,122), Jonson Chong (1,616), Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam (1,558), Dominique K.H Ng (1,156) dan Saiman Marjuki (443).

Ketika sidang media hari ini Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail telah mengumumkan senarai kedudukan calon yang bertanding bagi pemilihan MPP setakat 165 cabang.

Bagi jawatan ketua wanita PKR, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin masih mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu apabila menerima 4,510 undi manakala Suraya Sudin dan Animah Ferrer masing-masing menerima 1,181 undi dan 967 undi.

Sementara itu bagi jawatan timbalan ketua wanita PKR, penyandangnya Rodziah Ismail mendapat 5,167 undi manakala pencabarnya Asmah Abd Kadir memperoleh 1,126 undi.

Untuk jawatan naib ketua wanita, Gan Pei Nei mendahului senarai dengan mendapat 3,499 undi, diikuti Haniza Talha (3,328), Noorsham Abu Samah (2,617), Felecia Ling (1,668), Aisah Lamsah (1,421), Begum Jan Abdullah (1,402), Salma Ismail (950), Rosmah Suly (508) dan Rozaini Mohd Rosli (478).

Jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan menyaksikan, penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin mendapat 3,981 undi mengatasi pencabarnya Badrul Hisham Shaharin yang mendapat 3,273.

Sementara itu, jawatan timbalan ketua AMK pula Khairul Anuar mendapat 3,908 undi manakala Chang Lih Kang menerima 3,054.

Untuk jawatan naib ketua AMK, Azmizam Zaman Nuri mendahului senarai dengan 3,807 undi, Erveana Ansari Ali (2,872), Chan Ming Kai (2,786), V. Sivam (1,783), Yunus Jamhari (1,746), Nicholas J. Guntobon (1,518), Lee Khai Loon (1,158), Kesavan (1,067), Nazree Yunus (823), Farhash Wafa (499) dan Rozan Azen Mat Rasip (425).

Sebanyak 165 cabang telah menyempurnakan pemilihan parti dan masih ada 57 cabang yang akan mengadakan pemilihan hujung minggu ini.

“Masih ada berbaki 57 cabang yang akan membuat pemilihan pada 20 dan 21 November ini,” kata beliau.

Beliau memberitahu, setakat ini daripada sebanyak 165 cabang yang telah membuat pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), pihaknya telah menerima sejumlah bantahan untuk bantahan sepanjang tempoh pemilihan MPP iaitu enam aduan dan tiada perubahan.

“Manakala bagi Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) kita menerima sebanyak 289 aduan dan daripada jumlah itu, 90 peratus aduan telah disampaikan secara bersurat kepada pengandu,” kata Saifuddin lagi.

Tambah Saifuddin, status bagi enam aduan untuk pemilihan MPP masih lagi dalam penelitian Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang diketuai Dr Molly Cheah.

“Setakat 165 cabang yang berjalan terbukti pemilihan berdasarkan satu anggota, satu undi ini telah berjalan dengan baik,” katanya.

Saifuddin berkata, setakat ini hanya 8.4 peratus ahli sahaja yang mengundi bagi pemilihan MPP.

Ketika ditanya mengenai memorandum yang dihantar Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub minggu lalu, Saifuddin bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen, namun naib presiden itu mengetahui bagaimana pemilihan parti dijalankan.

“Saya tidak mahu memberi komen terhadap aduan yang dikemukakan saudara Mustaffa.

“Beliau (Mustaffa) adalah ahli MPP yang juga naib presiden, ahli Biro Politik. Semua portfolio yang penting dipegang Mustaffa, beliau tahu perjalanan pemilihan parti,” katanya.

Minggu lalu, Mustaffa telah menyerahkan memorandum kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Dr Cheah.

Ia menggesa agar proses pemilihan dibatalkan dan digantikan dengan pengundian baru.

Namun Dr Cheah berkata, pemilihan MPP PKR bagi tempoh 2010-2013 tetap diteruskan walaupun ada gesaan daripada kalangan anggota parti supaya ia ditangguh atau dibatalkan.

Dr Cheah berkata, pemilihan itu tidak boleh dihentikan dengan begitu mudah semata-mata kerana ada pihak mendakwa berlaku kepincangan dalam sistem pemilihan.

Pemilihan pusat yang berlangsung pada 29 Oktober lepas dan akan berakhir 21 November ini melibatkan sebanyak 218 cabang. Ia disusuli dengan Kongres Nasional Tahunan PKR selama tiga hari mulai 26 November di Dewan Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.

16 ulasan:

Bhatera berkata...

Setelah Zaid menarik diri dari bertanding mungkin saingan berkuarangan. tapi apa pun tahniah kepada Nurul Izzah kerana mampun untuk mendahului calon-calon lain.

madd berkata...

banyak isu yang telah timbul dalam pemilihan PKR kali ini. apa pun, tunggu dan lihat saja keputusan pertandingan ini nanti.

mandau berkata...

nampaknya pengunduran Zaid memberi kelebihan kepada Nurul Izzah.

Antanum berkata...

Diharapkan tidak ada penyelewengan berlaku, kerana ini hanya akan menambahkan lagi kemarahan rakyat sekitar.

nickko berkata...

nampaknya pendirian PKR tidak melihat dan mempertimbangkan situasi semasa. proses pemilihan terus berlangsung, dalam masa yang sama pergolakan dalaman terus berlaku. kedua2nya berjaya menarik perhatian media..

Anak Sabah berkata...

PKR perlu membuat pilihan yang terbaik.

Tanpa Nama berkata...

Nurul Izzah kini semakin menonjol dalam PKR.

samm berkata...

terserah kepada ahli-ahli PKR menentukan pemimpin mereka sendiri..

kb girl berkata...

Pemimpin muda PKR semakin menonjol.
Nurul Izzah merupakan salah satu daripadanya.

Unknown berkata...

Hairan jika Nurul Izzah tidak mendahului.

Unknown berkata...

Nurul Izzah semakin mendapat tempat dalam PKR. Dua tiga tahun lagi dia akan menigkat lagi.

Unknown berkata...

Banyak yang diharungi Nurul apabila bapanya dikurung dalam penjara.

captain berkata...

Pengaruh bapanya tetap ada. Nurul patut diberi penghormatan.

Unknown berkata...

Nurul dijangka akan memenangi kerusi naid presiden PKR.

Paquin berkata...

Ya kan mandau. Mungkin tuah si NI utk mendahului semua calon yg lain slpas ketiadaan Zaid.

Paquin berkata...

Apapun, kita tengok ja la nanti siapa yg menangi pertandingan ini.