Khamis, 25 November 2010

Noh Takut Isu Ahli UMNO Belasah ADUN Sekincan Dibincangkan Di Parlimen

KELAB GREENBOC

Belasah ADUN: YB tak payah campur tangan, kata Noh

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata beliau sedia bersemuka dengan Ng Suee Lim untuk menyelesaikan isu ADUN Sekinchan itu dipukul di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang pada 4 Nov lalu.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor berkata beliau telahpun menulis surat rasmi kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membolehkannya menemui semua ADUN Selangor termasuk Ng bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Yang Berhormat tidak ada di sana, saya juga tidak ada di sana. Jadi biar dia (Ng) berdepan dengan saya. Yang Berhormat tidak payah campur tangan... saya sedang menunggu bila Menteri Besar Selangor ini hendak jawab surat saya," kata Noh di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau memberi penjelasan mengenai isu itu kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011.

Dalam kejadian itu, Ng dan pemandunya dipukul kira-kira 30 individu yang dipercayai ahli Umno dan penyokong Noh di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang. Walaupun Ng tidak diiringi penyokongnya, namun Umno mendakwa beliau cuba membuat demonstrasi haram di kawasan berkenaan.

Penjelasan Noh menimbulkan kekecohan di dewan apabila beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Fong, Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) bangkit mempertikaikan tindakan Noh yang disifatkan tidak wajar kerana mempertahankan tindakan penduduk kawasan berkenaan.

Serangan bertalu-talu daripada ahli parlimen pembangkang terhadap Noh itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah yang berterusan hampir lima minit manakala cubaan Noh untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu tidak diendahkan.

Melihat keadaan semakin tidak terkawal, timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandie terpaksa segera masuk campur bagi menyelamatkan ahli parlimen BN itu daripada terus diserang. Ronald meminta ahli parlimen berkenaan menghentikan kekecohan itu.

"Yang Berhormat...Yang Berhormat... cukuplah... isu ini tidak termasuk dalam kementerian," katanya sekaligus menamatkan kekecohan berkenaan.

Terdahulu, semas menjawab isu kelewatan pemberian pinjaman Tekun Nasional
yang dibangkitkan beberapa ahli parlimen, Noh berkata beliau telahpun mengarahkan supaya Tekun mengurangkan kerenah birokrasi dan menepati sasaran untuk memberi kelulusan pinjaman dalam tempoh dua bulan.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada berlakunya kelewatan dalam pemberian pinjaman atas pelbagai faktor termasuk kecuaian dalam pengurusan borang pinjaman oleh pegawai.

Sama ada pinjaman Tekun dibuka kepada kaum lain, Noh berkata selain kaum bumiputera, pinjaman Tekun juga dibuka untuk usahawan kecil dari kaum India manakala setakat ini sekurang-kurangnya 50 usahawan kecil daripada kaum Cina menerima pinjaman daripada tabung berkenaan.

Persidangan dewan bersambung esok. -mk

Berita Berkaitan


ADUN Sekinchan masuk hospital lepas 'ditumbuk'

ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.

Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada sidang DUN Selangor yang bermula Isnin ini.

Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Sime Darby.

"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.

Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut". -mk

Tiada ulasan: