Khamis, 11 November 2010

Najib sembuh, dijangka pengerusikan mesyuarat Kabinet Jumaat

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak dijangka kembali bertugas dalam tempoh terdekat setelah disahkan sembuh daripada penyakit ulser dan cacar, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Perdana Menteri menjalani ujian endoskopi di Hospital Selayang pagi ini yang menunjukkan ulser yang dialaminya telah sembuh, katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Mohd Ismail berkata doktor-doktor peribadi Perdana Menteri mendapati tahap kesihatan beliau menunjukkan kemajuan yang amat baik dan beliau boleh kembali bertugas seperti biasa.

“Beliau dijadual mempengerusikan mesyuarat Kabinet Jumaat ini," katanya.

Najib, yang diserang cacar lewat bulan lepas, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Khamis lepas akibat penyakit ulser serta gastritis ringan.

Beliau dibenarkan pulang pada Ahad lepas dan dinasihatkan berehat.

Tiada ulasan: